“Kesian kat anak2 dia..” – lvahan Adik Sajat berikutan kedudukan dan keadaan sajat ketika ini

Sebut sahaja nama Sajat, ramai tahu bahawa usahawan kosmetik tersebut masih gagal dijejaki oleh pihak berkuasa walaupun masih aktif berkongsi gambar di Instagram.

Bagaimanapun, ketika ramai yang mempersoalkan keberadaan pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu, adiknya Mustika menarik perhatian ramai dengan video parodi Sajat yang tular di aplikasi TikTok.

Penat layan pertanyaan netizen

Memetik tembubual bersama pihak mStar, wanita bernama Nur Mustika Kamaruzzaman terbabit mengakui penat melayan segala pertanyaan netizen tentang jantina Sajat.

“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.
“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” ujarnya kepada mStar.

Sajat sebenarnya seorang pendiam

Mesra disapa Ika, wanita itu turut mendedahkan peribadi sebenar Sajat yang berbeza dari apa yang ditampilkan di laman sosial iaitu dia disifatkan sebagai seorang yang pendiam.

“Dia diam dan jenis yang memerhati. Bila dia bercakap jadi kelakar sebab dia bukan seorang yang ‘talkative’. Dia banyak berfikir,” ujarnya lagi.

Keluarga tak tahu Sajat di mana

Dalam pada itu, apabila disoal tentang kedudukan abangnya yang masih menjadi misteri, Mustika mengakui bahawa dia sendiri tidak mengetahui perihal Sajat.

Sumber : https://ohmymedia.cc/keluarga-pun-tak-tahu-sajat-kat-mana-kesian-kat-anak2-dia-adik-sajat/

Artikel Sebelum ni

“Adik cantik semula jadi…” Adik perempuan ‘berlakon’ jadi Sajat buat netizen geli hati

Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa namun dilihat aktif melayari laman Instagram.

Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.

Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.

“Sajat ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.

“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.

 

Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Sajat’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.

Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Keliru pulak! Macam kembar

Ingat betul2 Sajat.. ‘Menganjing’ abang sendiri

Adiknya cantik, patut la abang nak ikut

Adik cantik semula jadi…

Mesti kelakar macam Sajat!

Betul2 ‘copy paste’ ni

Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.

Doakan abang saya sembuh…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*