“Teramatlah Besar Impak Kalau…”- Tayang Baju Tidur Seksi, Syatilla Melvin Bagi Tips Pada Isteri…

Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips rumah tangga bahagia apabila menayangkan baju tidur yang dipakainya.

Menurut Syatilla setiap isteri perlu ada baju yang ‘menarik’ untuk suami sebelum tidur.

“Tips…….Isteri make sure ada ‘baju menarik’ untuk suami. Tak perlu banyak janji adaaa…

“Kadang kita rasa benda tu terlalu simple untuk difikirkan, tapi teramatlah besar impak kalau kita buat! Percayalah…

“Yang kaki makan jamu tu tak payah cakap lah, kompom dah prepare lama dah,” katanya berseloroh.

Isteri kepada actor Shaheizy Sam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video menayangkan beberapa baju tidur sebelum menunjukkan lampu biliknya dipadam.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi.

“Wow so sexy,” kata salah seorang warga maya.

“Hahaha hadoii.. saya yang belum kawin ni tergugat kak Tilla oii..,” komen salah seorang netizen.

“Punca semua ni..nak boleh lagi sorang nampaknya,” kata salah seorang pengikutnya.

Pun begitu ada juga pengikutnya yang kurang senang dengan posting tersebut dan menegur Syatilla.

“Tak perlu kot tunjuk baju-baju macam tu. Mema ng elok si isteri ada baju macam tu untuk Tarik perhatian suami, goda suami sendiri.

“Tapi kalau tunjuk di sini takut nanti jantan lain pula dok bayangkan macam mana sis pakai. Maaf ya, jangan marah,” tegur salah seorang netizen.

Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/teramatlah-besar-impak-kalau-tayang-baju-tidur-seksi-syatilla-melvin-bagi-tips-pada-isteri-50869.

 

Sumber: gempak

Artikel sebelum ini

Ditanya Sama Ada Benarkan Shaheizy Sam nikah Lagi, lni Jawapan Panas Syatilla Melvin

Isu poligami ataupun berkahwin Iebih dari satu adalah isu yang sering diperdebatkan oleh masyarakat setempat, ada yang tidak kisah berbicara mengenai perkara ini dan ada juga yang menentang habis-habisan.

Terbaharu, pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin membuka ruang “Ask Me A Questions” di laman Instagram miliknya dan menerima soalan yang bertanyakan adakah beliau membenarkan jika suaminya, Shaheizy Sam berkahwin lagi?

Ini respon spontan Syatilla :

Menjawab ringkas kepada soalan yang diberikan, Syatilla berkata

“Kalau muntah paku, jangan cari aku”
Haaa kalau than empunya badan dah jawab

sebegitu, faham-faham sendiri Iah ye.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan terbaharu beliau, Syatilla dan ahli keluarganya mengambil inisiatif untuk melakukan swab test di kediaman mereka berikutan peningkatan kes harian jangkitan Cvid19 yang semakin membimbangkan ketika ini.

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotviral-ditanya-sama-ada-benarkan-shaheizy-sam-nikah-lagi-ini-jawapan-panas-syatilla-melvin/

 

Artikel Sebelum ini

Seronok Turun Padang Meniaga, Shaheizy Sam Tak Peduli Dengan Mulut Orang – “Zaman Glamour Untuk Saya Dah Berlalu ..”

Pelakon terkenal Shaheizy Sam, 39, menganggap zaman kegemilangannya sebagai anak seni sudah lama berlalu.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata tidak pernah timbul perasaan malu dan segan untuk turun padang meniaga bersama pasukan di kawasan tempat awam.

“Zaman glamour untuk saya dah berlalu.. bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya. Sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong produk saya.

“Kenapa saya tak boleh sokong mereka (pekerja) sedangkan mereka bersengkang mata, berdiri untuk menjual produk saya? Saya kena menjaga mereka, sebagaimana mereka menjaga saya.

“Sekarang ini bukan fasal status, kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.
“Bagi saya, power (popular dan terkenal) macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga. Orang lain juga yang turun liang tanamkan kita,” katanya kepada Gempak.

Sam ditemui ketika majlis perasmian Bazar Ramadan Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 enggan mengambil pusing dengan kata-kata orang luar kerana setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.

“Saya memang tak peduli dengan kata-kata orang lain. Saya tak kisah.. Semua orang ada mulut, semua orang boleh bercakap.
“Saya memang telah diajar macam ini, bukan produk saja termasuk dengn filem. Contoh bila filem saya ditayang di pawagam, saya turun ke sana untuk berjumpa dengan orang yang sokong saya. It’s the same things,” katanya lagi.

Article sebelumnya,

Tumpu Bidang Perniagaan Berbanding Lakonan, Shaheizy Sam Memilih Berlakon Karya Yang Bagus.

Aktor hebat Shaheizy Sam mengakui memperlahankan kariernya sebagai pelakon bagi mencari kepuasan dalam bidang perniagaan.
Menurut Sam, dia tidaklah menolak terus sebarang tawaran lakonan yang datang cuma lebih mengamalkan sikap selektif dalam memilih karya.

“Tawaran yang diterima memang banyak tapi ramai mengetahui Sam memang nak slow down dalam lakonan. Tapi Sam tetap akan berlakon cuma Sam akan memilih karya dan pengarah yang bagus, skrip yang berkualiti, Sam akan buat.
“Sejak dari tahun 2015 lepas Polis Evo yang pertama Sam dah mula slow down. Ada yang setahun dua filem, setahun satu. Bukan Sam tak suka bidang lakonan malah Sam cintakan bidang tersebut.
“Tetapi, Sam nak mencari kepuasan dalam bidang perniagaan. sehinggalah Sam jadi duta sebuah jenama ni dan belajar berniaga. Kini Sam dah dapat momentum berniaga, isteri pula memang berjaya dengan produk dia,” ujar Sam kepada Gempak.

Sam ditemui sewaktu majlis pelancaran produk terbaharunya Syoklat! SyokoTube yang diadakan di Putra Glass Hall, Selangor pada Jumaat.
Tambah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 menerusi filem Songlap ini, dia sendiri mahu pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama membantu mereka yang ingin mencari sumber kewangan lain dalam musim pandemik ini.
“Sam percaya bila orang rasa tube coklat ni, mereka akan percaya pada jenama ni. Setakat ni kami hanya menjual menerusi ejen sebab dalam situasi pandemik ni, orang nak cari pendapatan lebih.


“Kami buka untuk jadi ejen pun tak mahal dalam RM85 sahaja, kami bagi peluang untuk orang cuba. Kami dah ada ejen di seluruh Malaysia dan sehingga kini ia telah terjual lebih 100,000 tube dalam masa dua minggu,” ujar Sam lagi.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/tumpu-bidang-perniagaan-berbanding-lakonan-shaheizy-sam-memilih-berlakon-karya-yang-bagus-49019.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*