Farid Kamil berdoa ‘Kisah Silam’ tak akan berulang

Nama pelakon hebat, Farid Kamil rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan hanya sebagai bintang filem mahupun drama, aktor tersebut juga merupakan antara pengarah yang kreatif.

Farid Kamil, 40, yang disabltkan kesa.lahan menggunakan ke.kera.san jen.ayah serta mengeluarkan perkataan tdak s0pan terhadap seorang anggota p0lis dengan niat untuk mengha.la.ngnya melakukan tugas dua tahun lalu menyerahkan perjalanan karier seninya pada ketentuan Allah.

Farid berkata, Allah lebih mengetahui baik bu.ruk dan apa seterusnya yang akan terjadi kepadanya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas pengalaman-pengalaman yang saya alami, secara tidak langsung memberi kematangan dalam hidup saya. Ia juga memberi satu rahmat berbeza yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

Pelbagai kejayaan pernah diraih dalam bermacam anugerah menerusi industri seni ini dan pastinya ia adalah satu kepuasan dalam diri setiap pelakon profesional.

Sedia untuk bersara

Namun begitu, menerusi kenyataan yang diperoleh daripada Astro Gempak, Farid memaklumkan sudah bersedia untuk bersara dari industri seni pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa kalau sudah tidak diperlukan lagi, apakah daya…”
“Sebagai seorang pelakon modal kita pada instrumen tubuh badan kita. Kalau kita tak mampu memberikan alunan atau getaran sama bermakna di situlah titik yang menjadi antara pemisah antara saya bersara atau tidak,” katanya dalam sesi virtual drama Masih Ada Rindu.

K0ntroversi & haters bukan punca nak bersara

 

Walau bagaimanapun, Farid menjelaskan bahawa k0ntroversi dan haters bukanlah pemicu untuknya bersara, tetapi selepas mengingatkan kembali lebih 60 filem sudah dibintanginya, dia berfikir inilah masa yang sesuai.

“Saya tak rasa tekanan daripada haters menjadi punca saya berniat untuk bersara. Rupa-rupanya saya sudah membintangi 60 buah filem, lagi enam menyamai rekod seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.”
“Ini satu perjalanan yang jauh bagi saya, sedar-sedar sudah 60 buah filem dan apabila itu berlaku saya tahu sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana mampu bertahan?”
“Tapi semuanya berbalik semula kepada rezeki masing-masing, saya reda dan menerima ketentuan Allah,” jelasnya.

Dah ada legasi

Selain itu, suami kepada aktres Diana Danielle ini juga memaklumkan penglibatan anak sulungnya, Muhammad di dalam industri seni turut menjadi penyebab dia mahu bersara.

“Susah nak cakap tentang persedian sebab tak ada umur penamt untuk seseorang pelakon itu bersara. Tapi apa yang saya cuba sampaikan, saya sudah bersedia.”

“Saya telah hasilkan hero baru iaitu anak saya, Muhammad dalam filem Rempit 2. Apabila sudah ada legasi itu, petandanya saya sudah bersedia untuk bersara.” ulasnya.

Kembali di kaca televisyen

Untuk perkembangan terbaru Farid Kamil akan kembali memeriahkan kaca televisyen anda dengan drama terbaru lakonannya bersama Mimi Lana dalam Masih Ada Rindu yang bersiaran setiap hari jam 7 Malam di slot Akasia TV3.

Drama tersebut ditayangkan bagi menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati lakonan mantap Saharul Ridzuwan dan Amyra Rosli yang tamat pada Selasa 1 Jun 2021.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*