Ebit Lew ‘update’ foto terkini selepas lama menyepi.Rupa-rupanya ini yang berlaku

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew tampil memuat naik sekeping gambar di laman Instagram selepas hampir tiga minggu tidak mengemas kini sebarang perkembangan ketika berada di luar negara.

Tindakan itu dilakukan beberapa jam selepas berita mengenai dirinya yang sedang dikesan Wisma Putra disiarkan melalui portal Sinar Harian.

Menerusi posting tersebut, Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew meluahkan rasa syukur dan menjelaskan bahawa semuanya dalam keadaan baik selain memohon doa orang ramai.

“Doakan yer.. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya ringkas sebenar tadi.

Terdahulu, pendakwah berusia 36 tahun itu menimbulkan kerisauan ramai apabila ‘senyap’ daripada media sosial selepas tiba di Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan pada 27 Mei lalu.

Sumber : ohmymedia

 

Ustaz ebit senyap tanpa berita selama 14 hari, Akhirnya caprice B0ngkar apa yang terjadi Disana

Semenjak 25 Mei lalu, pendakwah Ustaz Ebit Lee telah bertolak ke Pa.les.tln bagi misi bantuan kemanusiaan.

Tetapi kini, lama sudah kita tidak dengarkan perkembangan tengang misi berkenaan serta status beliau sendiri, maklumlah Pa.les.tln merupakan salah satu negara yang sedang berg0lak dan sudah semestinya ramai yang bimbang dengan keselamatan dirinya.

Ada yang mengatakan kononnya Ustaz Ebit sedang dalam keadaan ba.haya serta dicv.lik oleh pihak la.wan dan banyak lagi.

Namun nampaknya kita boleh tarik nafas lega apabila selebriti Caprice sendiri mengesahkan bahawa Ustaz Ebit kini dalam keadaan balk-balk sahaja.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagram miliknya, beliau ada kongsikan perbualannya bersama dengan Ustaz Ebit bagi bertanyakan perkembangan dirinya.

Syukur Alhamdulillah Ustaz Ebit kini balk-balk sahaja namun dalam masa yang sama beliau turut memohon doa daripada semua.

Dengan berita tersebut, ramai dapat menarik nafas lega kerana bimbang sudah lama Ustaz Ebit tidak kongsikan perkembangan baharu beliau di sana.

Apa pun, sama-sama kita doakan supaya urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga beliau dilindungi oleh Allah S.W.T

 

Sumber hotfm

sebeum ini

Ebit Lew tiba di Mesir untuk misi ke Ga.za

Pendakwah terkenal, Ebit Lew kini berada di Mesir bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ga.za Pa.le.stln yang dijadual bermula Selasa hingga 30 Mei.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, beliau memaklumkan ketibaanya disambut Kedutaan Malaysia di Mesir dan badan bukan kerajaan (NGO) United Kingdom (UK) yang terkenal dalam membantu di Ga.za.

Menurut Ebit Lew, beliau akan mengurus dan membeli barang perubatan serta segala keperluan yang akan di hantar terus ke Ga.za bermula hari ini.

“Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Ga.za,” katanya di laman Facebook hari ini.

Jelas Ebit Lew, beliau terharu dengan sambutan dan layanan pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang telah memudahkan urusannya.

“Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia disini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami.

“Betapa negara kita sangat sayangkan Pa.le.stln. Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menyokong usaha yang telah dilakukannya itu.

“Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin (Menteri Luar) dan Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya.

“Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,” katanya.

Sehingga pukul 6.45 petang tadi telah dikongsi lebih 13,000 kali dan lebih 16,000 komen telah ditinggalkan pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan dan dipermudahkan urusan Ebit Lew di negara terbabit.

Mereka juga turut menyokong penuh usaha yang telah dilakukan Ebit Lew di bumi berg0lak itu.-K! ONLINE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*