Netizen berdekah lihat gelagat Aaisyah pakai seluar tidur buat gaun, “Hang rilex…”

Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik anak perempuan kepada selebriti jelita, Che Ta dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana sudah mencecah usia 6 tahun.

Walau bagaimanapun, mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan. Wajah seperti ayahnya dan kecantikannya pula sama persis seperti Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan mengundang anak selebriti ini antara yang cukup popular sejak dilahirkan pada tahun 2014.

Selain rupa parasnya itu sering menerima pujian peminat, tidak disangka-sangka puteri bongsu pasangan selebriti ini juga seorang yang kelakar sehingga selalu menghiburkan peminat di Instagram.

Malah telatah terbaru yang dikongsikan di akaun media sosial milik Aaisyah Dhia Rana ini mengundang orang ramai tidak dapat menahan ketawa mereka sekali lagi kerana gelagat Aaisyah yang mencuit hati.

Dirakamkan oleh Che Ta, perbualan dan gelagat dua beranak ini ditonton ribuan kali berikutan Aaisyah Dhia Rana yang mengayakan seluar tidur sebagai gaun dan kepetahannya yang bercakap turut mengundang netizen terhibur.

Ruangan komen di posting menerusi akaun Instagram Aaisyah itu sendiri mendapat ratusan reaksi lucu netizen yang terhibur lagi dengan gelagat kreatif anak selebriti ini dalam berfesyen.

“Mampuihh hang pereka fesyen…”

“Ecah pakai…”

sumber HCL

 

Disamping itu, anda jangan ketinggalan juga untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

“Pi Hardware Ja Macam Nak Pi Kenduri” Netizen Puji Rozita Che Wan Rajin Bersolek Cantik

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal yang berasal dari Alor Setar, Kedah iaitu Rozita Che Wan ataupun Che Ta, pasti tahu betapa beliau seorang yang sangat menjaga keterampilan dirinya.

Malah untuk meraikan Syawal pada tahun ini sahaja, beliau telah menyiapkan sebanyak 20 pasang baju walaupun terpaksa beraya di dalam norma baharu.

Terbaharu, Che Ta memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkongsi aktiviti hariannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah, Che Ta hanya keluar untuk pergi ke kedai hardware namun mengenakan solekan dan berpakaian cantik sehingga menarik perhatian pengikutnya.

Menulis ringkas di ruangan kapsyen :

“1 qeta &deb naik 2 org kan p hardware ja .. tp kami tunggu dim qeta, biaq laki ja yg tuqun … seqeyau jgk nk tuqun pun”

Lihat reaksi-reaksi pengikut Che Ta di Instagram :

Kalau pergi kedai hardware pun dah cantik macam ni, apa lagi pergi kenduri kan!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

via https://www.hotfm.com.my/pi-hardware-ja-macam-nak-pi-kenduri-netizen-puji-rozita-che-wan-rajin-bersolek-cantik/

 

Artikel sebelum ini

 

Usia cecah 50 tahun, Che Ta terkejut dapat berita gembira

Usianya hampir mencecah 50 tahun, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak menyangka masih diberi kepercayaan menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Melihatkan industri hiburan kini semakin ramai dengan selebriti muda yang cantik dan jelita, Che Ta akui terkejut kerana masih diberi peluang tersebut serta meluahkan rasa syukur diatas rezeki itu.

“Terakhir jadi duta produk lapan tahun lalu, saya tak sangka sebnarnya ada lagi orang beri kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah rezeki.

“Sebelum saya terima produk itu, saya akan cuba dahulu bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Tak mahulah kita jadi duta tapi tak pakai pun.

“Sebenarnya ada yang tanya pasal usia, tak takut ke nak masuk umur 50 tahun lagi beberapa tahun? Saya kata tak takut sebab memang dah nak cecah angka tu, semua orang akan tua,” katanya.

 

Mengulas mengenai peningkatan ks CVIdl9, Che Ta berkata dia akui blmbang dengan keadaan tersebut. Ujarnya, dia tidak teragak-agak menegr peminat yang tidak menjaga jarak ketika bergembar atau bertemu dengannya.

“Walaupun pakai mask tetap nak selfie. Ada yang saya tegur baik-baik, kena jauh-jauh sebab Cvdl9 sekarang ni. Terpksa tegr sebab takt mereka lupa. Tak ada la yang sentap mereka pun faham.

“Ada orang jemput pergi majlis kahwin atau apa-apa program saya tak pergi. Kalau keluar pun hanya ke tempat kerja sahaja, lepak-lepak tak ada,” katanya.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Rozita Che Wan

1. Nama penuhnya, Rozita binti Abu Bakar. Mesra disapa Rozita Che Wan atau Che Ta.

2. Kelahiran Alor Setar, Kedah, Malaysia pada 9 Mac 1973. Kini berumur 46 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Selain pelakon, Che Ta memegang peranan sebagai model, ahli perniagaan dan pengacara.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik. Adiknya, Ayu Raudhah juga merupakan pelakon.

6. Sebelum berkecimpung dalam arena seni, beliau berkhidmat sebagai pramugari selama tiga tahun di Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 1992. Seterusnya terbabit dalam bidang peragaan selama enam bulan.

7. Bekas peserta Dewi Remaja 1993/94 meskipun menarik diri di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

8. Ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, hasil perkongsian hidup dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995, sebelum bercerai secara sah pada 8 Mei 2003.

9. Che Ta sebagai janda selepas itu dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shahir Zawawi.

10. Selepas berdepan kegagalan dalam perkahwinan, beliau sekali lagi ke jinjang pelamin dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 sebelum melahirkan bayi perempuan bernama Aaisyah Dhia Rania Zain pada 1 November 2014.

11. Pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie, Sifu dan Tongga, Jangan Tegur, 4 Madu, Kembar Siang, Misteri Dendam Balan Balan The Movie dan Adik Manja Returns.

12. Sementara itu, pembabitannya dalam drama menerusi Diari Ramadhan Rafique, Sesuci Cinta Sofiya, Jelatang, Manjalara, Susuk 2, Gerak Khas, Kiah Pekasam, Iparku Diva, Ummu Hani, Miss Octopus, Kak Marr dan Kisah Dari Mekah.

13. Juga telefilem Cinta Terhalang, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Wasiat Fitrah, Cinta Si 3 Teruna, Rahsia Gambar, Masih Ada Harapan, Aku Janda Belum Kaya, Madu, Kiah Pi Jepun dan Oh Speak English Please .

 

Sumber: rotikaya | IG che ta | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*