Ramai ‘Cemburu’ Hidup Bebas Tanpa Face Mask, Dayah Bakar Mahu Kongsi Kegembiraan

Setiap hari ada sahaja foto baharu yang dikongsikan oleh pengacara Dayah Bakar yang kini sudah berhijrah ke bumi Australia bagi mengikut suaminya, Muhammad Hanif Hamidi yang kini bertugas di sana.

Lebih menarik lagi kehidupan Dayah sekeluarga nampak begitu gembira lebih-lebih lagi apabila di sana mereka tidak perlu memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal seperti kita semua di Malaysia.

 

Apabila Dayah memuat naik foto atau videonya ketika di sana, pelbagai reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen posting berkenaan yang pastinya ramai berasa cemburu dengan perkara tersebut.

Disebabkan itu, Dayah mengambil keputusan untuk mewujudkan satu akaun YouTube miliknya sendiri bagi kongsikan suasana kehidupannya di sana.

Bagi Dayah, tujuannya itu hanyalah untuk membawa para pengikutnya ‘bercuti’ bersama secara virtual memandangkan sekarang ini kita tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Tak dinafikan kita semua mengimpikan hidup bebas di luar seperti dulu tetapi disebabkan pandemik yang melanda negara, kita terpaksa akur dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Tak sabar rasanya nak tunggu Dayah post video kehidupannya dekat Australia sana, mesti seronok dapat jalan-jalan tanpa pakai face mask!

 

Semoga satu hari nanti kita semua akan dapat merasai semula kebebasan itu.

Sumber foto: Instagram Dayah Bakar

Via : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-ramai-cemburu-hidup-bebas-tanpa-face-mask-dayah-bakar-mahu-kongsi-kegembiraan/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*