“Lepas Buang Air, Lap Dulu ‘Miss V’ Sampai Kering…,” – Siti Sarah Ulas Selepas Terima Keluhan Wanita, Faham Masih Ada Malu Nak Kongsi

Penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa sedih apabila ada menerima keluhan daripada kaum wanita yang mengalami masalah pada bahagian ‘intim’ serta dalaman mereka.

 

Bagi Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita harus dititikberatkan.

 

“Ingat lagi kan Sarah pernah pos pasal masalah Miss V di ig story haritu? Sarah nak kongsikan kat sini agar jadi pengajaran dan pembelajaran untuk semua wanita tak kira la yg belum atau sudah berkahwin.

 

“Sedih sangat bila wanita2 yang alami masalah macam ni, Sarah anggap semua ni macam adik,kakak,ibu Sarah sendiri. Sarah faham ada yang malu nak kongsi dgn orang masalah macam ni. InsyaAllah Sarah baca segala keluh kesah risau korang dalam pos tempoh hari,” tulisnya.

Sebagai wanita, penyanyi berusia 36 tahun ini menasihati agar kaum wanita mengambil berst soal penjagaan pada bahagian tersebut dengan sentiasa menjaga permakanan dan kebersihan.

“Apa yg Sarah baca ada masalah keputihan, gatal, berbau, gelap. Ni antara paling banyak. Apa yang Sarah boleh bagitahu, sebelum korang nak beli jamu, pil2, makan minum daun2 sireh, kacip fatimah semua tu pastikan jaga benda basic dulu! Apa tu?

 

“Pemakanan! Ia antara punca utama la kenapa Miss V kita bermasalah! Cuba kurangkan gula, makan makanan berkhasiat pulak. Amalkan gaya hidup sihat, jogging ke bersenam ke. Kebersihan tu pon kena jaga!

 

“Lepas buang air, lap dulu Miss V sampai kering, benda2 tu la yang buatkan Miss V kita berkulat ada bakteria semua. Kalau ada duit lebih boleh beli seluar dalam yang kain lembut dan tak ketat. Please buat ni dulu, buat yg basic dulu ye sayang2 semua,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak terkenal Shuib ini memaklumkan bakal menghasilkan produk untuk menyelesaikan masalah dalaman wanita.

“Sarah tengah usahakan sesuatu untuk korang, dari tahun lepas buat sample & test kualiti. InsyaAllah sekarang tgh kumpul feedback2 yang bagus. Sarah akan cuba bantu yaaa.

Doakan Sarah berjaya tu ja Sarah minta di hari Jumaat yg mulia ni. Sarah doakan semua yang bermasalah macam ni dipulihkan dan diberi kesihatan yg baik. Aamin yarabalamin,” tulisnya menerusi entri di Instagram miliknya.

 

Foto: Instagram Siti Sarah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*