Tk Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Pksa Gvgurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Berce.rai

Bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan menanti momen-momen tersebut dengan penuh sabar.

Zuriat yang dilahirkan umpama pintu rezeki dalam sesebuah keluarga dan bakal menyambung keturunan pasangan ini.

Bagaimanapun, seperti perkongsian wanita cekal dikenali sebagai Opalopal menerusi video di laman TikTok, menceritakan sisi berbeza apabila suaminya meminta untuk dia mengugurkan anak yang dikandungkan yang sudah memasuki tujuh bulan.

Suami ajak ceral kalau tak gvgurkan kandungan

Kisah kecekalan wanita ini bermula, apabila dia sama sekali tidak menyedari perutnya yang semakin membesar saban hari dan tidak menjangkakan yang dia sedang mengandung. Musykil dengan keadaan perutnya, wanita muda ini mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di klinik.

Mula-mula ingat perut kembung, tapi makin lama makin besar. Akhirnya aku pergi buat pemeriksaan dekat klinik dan doktor beritahu aku sedang mengandung memasuki bulan ketujuh.
Penjelasan doktor ketika itu, yang menyatakan dia sedang mengandung membuatkan dia berasa gembira dan mahu menceritakan saat indah ini kepada suaminya. Namun, respon yang diberikan si suami membuatkan dia tergamam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya.

Terkejut sangat ketika itu. Lepas itu, aku beritahu suami tapi dia siap cakap kita ce.rai saja kalau kandungan tersebut tidak digvgurkan.

Lebih rela berpisah dengan suami

Foto: Tangkap layar video

Ujar wanita ini lagi, dia lebih rela untuk berpisah daripada ‘terpaksa’ mengvgurkan kandungannya semata-mata memenuhi kehendak suaminya yang disifatkan sebagai tdak wajar.

Tapi aku memutuskan untuk celrai daripada harus digvgurkan kandungan ini kerana anak adalah anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin.

Menerusi video yang lain, wanita ini sempat menceritakan sepanjang mengandung dia sama sekali tidak mengalami alahan-alahan seperti ibu mengandung yang lain dan hanya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor susulan rasa sakit di bahagian perut.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila si suami sempat memberikan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata kepada wanita ini.

Alasannya dia belum sedia punya anak. Dia juga tk pernah bagi nafkah dekat aku daripada mula kahwin sampailah kami ce.rai.

 

Video penuh:

 

Sumber ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*