Awal Ashaari Akui `Terlupa’ Scha Alyahya, Gara- gara Kerap Muat Naik Foto Anak Sahaja

Yang penting, Awal dan Scha merasa bahagia dengan kehadiran Lara dan Lyla.

Sudah mempunyai dua orang cahaya mata perempuan, is memberikan kebahagiaan yang indah buat pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Namun, Awal menyedari bahawa tumpuan banyak diberikan kepada anak-anak mereka sehingga sudah lama beliau tidak berkongsi foto berdua bersama Scha.

Awal menyuarakan perkara itu melalui satu hantaran di Instagram beliau pada 22 Jun 2021.
“Asyik gambar anak anak dia je.. terlupa pulak kat mak diorang.

@schaalyahya”

Oleh itu, beliau memuat naik foto manis bersama isteri tercintanya tersebut menandakan Awal tidak lupa akan Scha.

Sementara itu melalui ruangan komen, ada peminat yang merasakan perkara berkenaan biasa terjadi kepada golongan bapa setelah mereka memperoleh anak.

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah satu perkara besar kerana is menunjukkan bahawa pasangan selebriti tersebut merasa bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.

Sumber: Instagram Awal Ashaari

via https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-kerap-muat-naik-foto-anak-anak-di-instagram-awal-ashaari-akui-terlupa-scha-alyahya/

 

Sebelum ini

Scha Alyahya Dedahkan Awal Ashaari Mahu Anak Lagi

Baru sahaja meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-9, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat bahagia melayari rumah tangga yang dibina pada 2012 itu.

 

Pada 6 Mei 2021, Scha telah memuat naik satu perkongsian menarik melalui Instagram beliau.

Foto terebut memperlihatkan Scha dan Awal bersama puteri-puteri mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.

Menggelarkan Awal sebagai Awal 1, Lara sebagai Awal 2, serta Lyla sebagai Awal 3, Scha mendedahkan bahawa suaminya berkeinginan untuk memiliki Awal 4 pula.

 

Nampaknya Awal berminat untuk mengembangkan lagi saiz keluarganya.

 

Sementara itu, hantaran ini mendapat reaksi daripada orang ramai.

 

Ada yang merasakan masih terlalu awal untuk pasangan itu menimang cahaya mata lagi.

 

Namun, zuriat adalah satu bentuk rezeki juga.

 

Apa yang penting, Scha dan Awal dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab.

 

 

 

Sumber: Instagram Scha Alyahya

Via : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-scha-alyahya-dedahkan-awal-ashaari-mahu-anak-lagi/

 

Artikel Sebelum nya,

“Kami Sekarang Dah Tak Banyak Masa…,” – Cerita Rutin Selepas Dikurniakan Anak Kedua, Scha & Awal Dedah Kehidupan Kini Sedikit ‘Huru-Hara’ Sebab…

 

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui setelah selamat menimang cahaya kedua mereka, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.

 

 

 

Jelas Scha, rutin harian kehidupannya kini semakin padat dan sibuk selepas kehadiran cahaya mata comel itu yang kini sudah mencecah usia 2 bulan.

“Sementara dia (Awal) keluar berkerja, saya di rumah dan begitulah sebaliknya. Boleh dikatakan, sekarang agak sukar kalau mahu keluar bersama-sama, melainkan ada komitmen yang dijanjikan awal.

 

 

 

“Kami sekarang juga boleh dikatakan sudah tidak ada misalnya untuk duduk relak main Instagram ke apa, sekarang bila balik rumah sahaja, fokus adalah untuk kena uruskan anak, kerja rumah dan sebagainya.

Saya akui rutin ini memang memenatkan, tapi saya sangat gembira sebab kita diberikan kerahmatan untuk dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama. Pada awalnya memang kekok dan saya anggap ia sebagai satu cabaran,” kata Scha kepada MH.

 

Sementara itu, Awal turut menambah, untuk menguruskan anak yang masih bayi bukan satu perkara mudah dan sangat berikan cabaran bagi dirinya.

 

 

 

“Cabaran anak satu atau cabaran anak dua sangat berbeza sebab kalau anak satu kita boleh kawal dan boleh diatur-atur. Tapi bila dah ada anak dua ni kehidupan kami macam sikit ‘huru-hara’, dia macam tak tenang.

 

 

 

“Bila ada anak kecil macam-macam benda kita nak kena buat contohnya mahu nak uruskan barang-barang dia dan sebagainya.

Tambahan pula anak menyusu badan,” katanya yang turut bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat.

Terdahulu, Awal dan Scha selebriti ditemui pada majlis pelancaran kempen jualan Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat sempena musim perayaan ini.

 

Selain mereka, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Hairul Azreen dan Shuk Sahar turut menjadi duta busana raya jenama berkenaan pada tahun ini.

Foto: Instagram Scha Alyahya, Awal Ashaari

Via https://www.mediahiburan.my/kami-sekarang-dah-tak-banyak-masa-cerita-rutin-selepas-dikurniakan-anak-kedua-scha-awal-dedah-kehidupan-kini-sedikit-huru-hara-sebab/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*