Ramai Doakan Aliff Aziz Terus Berubah Ke Arah Kebaikan Gara-gara post baru

Perubahan yang dilakukan oleh Aliff telah membuatkan ramai mendoakan supaya beliau terus istiq0mah.

Seperti yang kita tahu, sebelum ini nama pelakon berasal dari Singapura iaitu Aliff Aziz ha.ngat diperkatakan disebabkan goslp kecvrangannya bersama dengan beberapa gadis termasuk seorang pelakon Malaysia sendiri.

Namun Aliff telah belajar daripada kesilapan dan kembali ke pangkuan isteri iaitu Bella Astillah serta dua cahaya matanya.

Dalam masa yang sama, kelihatan banyak perubahan positif dalam diri Aliff yang telah ditunjukkan olehnya termasuk bentuk badannya juga turut berubah yang mana menunjukkan bahawa beliau sudah hidup bahagia bersama keluarganya.

Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik olehnya, Aliff telah kongsikan satu foto throwback menujukkan beliau sedang menunggang kuda.

Perubahan diri Aliff itu turut membuatkan ramai rasa bersyukur dan gembira.

Sumber foto: Instagram Aliff Aziz

via https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-kongsi-posting-tentang-hadis-ramai-doakan-aliff-aziz-terus-berubah-ke-arah-kebaikan/

 

Sebelum ini

Naik Motor Dalam Hujan…”- Bella Kongsi Kenangan Bersama Ex-Boyfriend Depan Suami, Ramai Tak Tahan Tengok Reaksi Aliff Aziz

Pelakon Bella Astilah berkongsi cerita tentang kenangannya bersama bekas kekasih di hadapan suaminya, Aliff Aziz.

Perkongsian itu didedahkan ketika pasangan itu bersama adik beradik Bella sedang bermain satu permainan Truth or Dare.

Video sewaktu permainan itu dikongsikan sendiri oleh Bella di akaun Instagram miliknya.

“I just can’t,” tulis Bella..

Menerusi video tersebut Aliff memilih kad soalan yang perlu Bella jawab.

Soalannya adalah ; Ceritakan kenangan bersama bekas kekasih yang masih tak dilupakan.

Bella pada mulanya tidak mahu menjawab namun selepas dipaksa adiknya, Didi Astilah dia berkongsi satu kenangan pendek.

“Ada lah…naik motor dalam hujan-hujan,” kongsinya sambil disaksikan oleh Aliff.

Aliff memberi respon seperti cemburu dan ‘panas’ dengan perkongsian tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut tidak tahan melihat reaksi Aliff yang kelihatan jelas cemburu.

“Hahahaha .. Aliff jealous lah tuh,” sakat salah seorang pengikutnya.

“Hahahah tau cemburuuu….hahaha sayangg sangat tu gayanya Aliff,” kata salah seorang netizen.

“Pucat muka Aalif, bila Bella kata naik motor masa hujan..mesti kuat debaran jantung tu kan,”komen salah seorang warga maya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Namun, pasangan ini rujuk ketika dalam tempoh edah, namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber : Astro Gempak.

Article sebelumnya,

Cari Klinik Untuk Buang Tatu, Aliff Aziz Nak Ubah Diri Jadi Lebih Baik – “Saya Mengaku Telah Melakukan Banyak Penyesalan …

 

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 30, ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) mencari klinik yang membuat rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur.

Ketika ditemui Gempak, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz tidak menafikan atau mengiyakan mengenai niat untuk membuang tatu tersebut.

Namun katanya, dia sedang berusaha untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dan usaha itu datang daripada dirinya sendiri.

“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup.

“Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya. Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.

“Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan, tak perlu. Saya rasa itu adalah usaha saya.. bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa.

“Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa vibes keikhlasan itu,” katanya.

Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instagram Stories meminta bantuan daripada netizen untuk mencadangkan lokasi klinik untuk melakukan rawatan pembuangan tatu.

Sekitar Januari tahun lalu, tular sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.

Selepas hampir dua tahun dihimpit kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna pada Disember lalu.

Tambah pelantun lagu Sayang Sayang, dia berasa terharu kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya.

“Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media,” katanya lagi.

Aliff ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Aliff dan Bella telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai, Laksa Bah di sebuah port lepak baharu yang diterajui oleh Eric Floor 88, Achoi Floor 88 dan Falique Floor 88.

Selain Aliff dan Bella, antara selebriti lain yang bersama-sama menjayakan perniagaan itu adalah Ayie Floor 88, Amir Floor 88, Aiman Tino, Ismail Izzani, Nabila Razali, Ara Johari, Shuk Sahar, Raja Syahiran, Uyaina Arshad, Shalma Eliana, Donna Muslin dan Amin Daniel.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*