Baru jalani kuar.antin, Ebit Lew dah mula beri bantuan buat orang

Umum sedia tahu bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru sahaja tiba di Malaysia setelah beberapa minggu berada di luar negara atas urusan misi kemanusiaan di Gaza.

Beliau sampai ke Malaysia menaiki pesawat Turkish Air dan terus ke lokasi kuar.antin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalani kuara.ntin wajib seusai pulang dari luar negara.

Dah mula edar bantuan

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tiba di Tanah Air, Ebit Lew sudah kembali memikirkan nasib serta kesusahan rakyat Malaysia dengan menggerakan ‘jenteranya’ bagi memberikan bantuan ke seluruh negara.

Hal ini dikongsikan sendiri pendakwah tersebut di media sosialnya dengan memohon doa agar urusan memberikan bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan akan bermula.

Pendakwah itu mengakui berasa sedih melihat ujian yang sedang menimpa rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mendengar ada kes bvn.uh diri aklbat tek.anan hidup.

Jadi, beliau telah memberikan nombor telefon setiap lokasi untuk sesiapa sahaja yang dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan makanan.

Masih ku.ar.antin tetap fikir buat kebaikkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meni.nggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana tetap memikirkan nasib rakyat Malaysia walaupun sedang berada dalam kulara.ntin kendiri.

Mereka juga seperti biasa mendoakan agar pendakwah tersebut terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik pada masa akan datang.

Semoga terus dilindungi & dilimpahi rahmat

 

Tak terhitung kebaikkan yang dibuat

 

 

Tak mampu ikut macam ustaz tapi teringin nak buat

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*