“Nak Barang Ikut Tekak Sendiri..” Ada Minta Beli Baju Online, Siti Sarah Luah

Penyanyi Siti Sarah menzahirkan perasaan kesal apabila wujud segelintir individu yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam saat kesvlitan melanda.

Isteri kepada pelawak Shuib itu yang kini aktif menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini turut kec3wa apabila ada antara mereka yang tam.ak dan terga.mak meminta barangan yang tdak sesuai dengan situasi.

Ujarnya lagi, aktiviti (memberi bantuan) mula menjadi tidak seronok kerana ada yang melampaui batas ketka meminta pertolongan darinya.

“Contohnya minta belikan baju dalam talian atau kerusi selesa sebab nak bekerja dari rumah. Ada juga kes yang minta bantuan tapi nak barang yang ikut tekak sendiri.”

Sehubungan itu, Sarah berharap orang ramai yang memerlukan bantuan untuk lebih bertimbang rasa dan mengutamakan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Ini tak, ada cukup makan pakai tempat tinggal segala, minta bantuan nak daging macam-macam. Tolong jangan ambil kesempatan.” pintanya lagi.

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kenyataannya ini tidak perlu disalah anggap dan bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi cuma ingin meringankan beban mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.

 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/728065/ada-minta-belikan-kerusi-kerana-bekerja-dari-rumah-siti-sarah

 

Sebelum itu

Syafie Naswip penlng Iayan kerenah orang t4mak, ulang kali minta bantuan – “Keslan individu yang betul-betul memerlukan”

PELAKON Syafie Naswip kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan wang tunai yang dihulurkan dengan cuba meminta berulang kali.

Shafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29, berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah menafikan hak orang lain yang turut berdepan kesusahan.

“Pada saya benda ni normal memang akan ada orang yang akan cuba cari peluang untuk mengambil kesempatan, ” ujarnya kepada mStar.

Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dianggap tamak.

“Individu to menghubungi saya melalui WhatsApp dan kemudian berikan nombor akaun bank sama seperti yang pernah saya bantu sebelum ini.

Perkongsian Syafie di Instastory miliknya.
Pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini menjalankan misi bantuan kepada golongan susah sejak seminggu lalu bersama Team Chilhood Actor.

“Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan sebab tak mahu benda ni berlaku lagi.

“Saya ada tegvr dalam Instagram semalam. Saya harap orang ada common sense sikit dan berfikir panjang, kesian kepada individu yang betul-betul memerlukan, ” ujarnya.

Syafie berkata, sehingga kini dia sudah berjaya menghulurkan bantuan kepada 109 individu dan keluarga terjejas.

Syafie telah membantu 109 keluarga yang terjejas.
“Alhamdulillah 109 keluarga telah dibantu hasil jualan barang terpakai saya dan Kanan-kawan.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Syafie membuat keputusan melelong trofi yang dimenanginya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM25).

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*