Gara-gara Uqasha Senrose “Lentik” Sampai Tiang Dinding Pun Bengkok Menarik perhatian warganet

Baru-baru ini perkongsian foto pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila sekali lagi membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama tunangnya, pelakon Kamal Adli.

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha menyunting bahagian pinggul sehingga garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya bengkang-bengkok.

Perkongsian foto tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen mengatakan ternampak garisan tiang dinding itu bengkok, namun tetap memuji kecantikan Uqasha.

“I miss those days .. where i can see u when i miss you .. and now i miss everything about you my mr.fiance,” tulis Uciasha pada ruangan kapsyen foto berkaitan.
Kamal Adli turut memberikan respon terhadap posting Uqasha.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menawarkan diri untuk membantu Uqasha membuat suntingan foto berkenaan tanpa meninggalkan bukti.

Sebelum ini, Uqasha pernah dik3cam selepas menyunting gambar secara keterlaluan sehingga lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.

Bagaimanapun, Uqasha mengakui sememangnya dia menyuntin gambar berkenaan berikutan ada segelintir netizen suka melabelkan dirinya gemuk.

Sumber : Rotikaya

 

Sebelum ini

Pelakon, Uqasha Senrose, 29, menerima rombongan merisik keluarga kekasihnya, Kamal Adli, 35.

Ia disahkan adik Uqasha, Raysha Rizrose sejurus majlis merisik selesai diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bagaimanapun, ramai netizen beranggapan pasangan sama cantik, sama padan itu bertunang, tidak kurang juga meneka Uqasha dan Kamal sudah bernikah.

“Majlis merisik sahaja berlangsung membabitkan keluarga kedua-dua pihak. Kamal pun turut serta.

“Bagaimanapun, tarikh pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi belum diputuskan. Semua masih dalam perbincangan.

“Doakan segala yang dirancang dipermudahkan,” kata Raysha.

Selain Raysha berkongsi gambar bersama Uqasha menerusi Instagram (IG) Story, seorang lagi adiknya, Nelydia Senrose turut melakukan perkara sama.

Nelydia Senrose memuat naik gambar bersama kakaknya, Uqasha Senrose dalam Instagram Story. – Foto IG Nelydia Senrose

Bagaimanapun, belum ada gambar Uqasha dan Kamal berdua dimuat naik, setakat ini.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengesahkan bakal diijabkabulkan, namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan. Mereka memilih pusat peranginan tanah tinggi terkemuka untuk majlis akad nikah dan resepsi.

Pasangan yang digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa itu dijangka mengadakan tiga majlis resepsi, tidak lama lagi.

Uqasha berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 80 peratus siap. Majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula diadakan untuk meraikan peminat yang banyak menyokong mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*