Mak teh pernah kutip RM200k, siap belikan cucu kereta,Penghulu b0ngk4r kisah sebenar yang berlaku

Kisah seorang nenek yang berusia 87 tahun masih gigih berjualan nenas di tepi pasar beberapa hari lepas sememangnya begitu menghibakan.

Mana tidaknya, dia juga turut meminta sedikit wang untuk memberi beras kerana kerap berlapar disebabkan tdak mempunyai pendapatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Pernah tular sebelum ini

Walau bagaimanapun, hari ini, viral pula satu tangkapan skrin mesej daripada penghulu di kampung tempat nenek itu tinggal mendakwa yang warga emas terbabit merupakan penerima bantuan zakat dua buah negeri berjumlah RM1,000.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Zuraini Kamal, dia memaklumkan penghulu kawasan tempat warga emas itu tinggal memberitahu yang kisah nenek tersebut pernah tular 2 tahun lalu.

Pelbagai bantuan serta derma telah disumbangkan oleh kerajaan, pihak bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai sehingga berjaya mengutip ratusan ribu ringgit.

Belikan 4 kereta untuk cucu2

Tambahnya lagi, penduduk kampung mengelar wanita itu sebagai orang kaya baru kerana mampu membeli 4 buah kereta dan diberikan kepada cucu-cucunya seorang satu.

Selain itu, nenek tersebut juga telah diberikan sebuah rumah oleh kerajaan negeri dan bukanlah hidup susah seperti  video yang tular sejak beberapa hari ini.

Kesian, tapi mereka dah dapat bantuan

Disamping itu, menerusi perkongsian Zuraini Kamal  lagi, dia juga telah melampirkan satu tangkapan skrin status salah seorang individu yang mengenali warg emas berkenaan.

Dalam luahan pengguna Facebook terbabit, dia meminta orang ramai agar berhati-hatilah dengan gambar mereka yang viral ini kerana ada sahaja yang mengambil kesempatan sedangkan mereka sebenarnya telah mendapat bantuan yang sewajarnya.

 

Katanya akaun dijaga orang lain

Memang cara hidup macam tu kot

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Facebook Zuraini. Ada diantara mereka mempertanyakan tentang cucu-cucu warga emas itu yang terg4mak menggunakan wang tersebut untuk kepentingan sendiri.

Ada juga daripada mereka yang meminta orang ramai bersangka baik sahaja dan berharap setiap yang memberikan bantuan memakluminya dengan ikhlas kerana kita sendiri tidak tahu kisah yang sebenar-benarnya.

 

Cucu ambil kesempatan dekat nenek

 

Mungkin dia di hantar ke situ

Agaknya dia pun tak tahu mana duit dia pergi

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*