Siap berinai, gadis menangis bakal suami ‘hilang’ batal nikah

Majlis pernikahan sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat pasangan pengantin. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita apabila telah disunting oleh jejaka yang sudi mengambilnya sebagai suri hati sepanjang hayat.

Namun, berbeza dengan seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @sulongnakal90_ apabila hari tersebut menjadi hari yang paling sedih dan memalukan untuknya apabila bakal suami tiba-tiba hilang menjelang pernikahan mereka.

Jari dah berinai, call bakal suami tak angkat

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat yang segala persiapan seperti hantaran dan baju nikah sudah tersedia dan hanya menunggu detik disatukan sahaja.

Gadis tersebut juga sempat membuat live semasa majlis berinai dan cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali, namun usahanya hampa kerana langsung tidak berangkat.

Menangls dengan baju nikah

Penguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis menggunakan nama akaun @sulongnakal09_ itu lengkap memakai pakaian nikah namun menangis mengenangkan bakal suami yang tidak hadir pada majlis nikah mereka.

Sedia terima andai masih ada jodoh

Walau bagaimanapun, gadis itu redha dengan apa yang berlaku walaupun sedih. Dia juga mengakui akan menerima lelaki itu pada masa akan datang jika masih ada jodoh diantara mereka.

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*