kanak2 buat muka seolah-olah ‘tk puas hati’ Kecomelan dirakam jururawat

Apabila menggalas tanggungjawab sebagai petugas kesihatan, menjadi kebiasaan untuk berdepan pelbagai ragam pesakit termasuk kanak-kanak yang perlu dilayan dengan penuh lemah lembut.

Bagi seorang jururawat pelatih Nor Kusnani, dia melalui pengalaman agak melucukan apabila merakam aksi anak pesakitnya ketika mengusik kanak-kanak perempuan tersebut sehingga tular di platform TikTok.

“Dah besar jangan jadi gang.ster dek”

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan Nor Kusnani merakam wajahnya bersama si cilik itu sebelum ‘bertentangan’ mata antara satu sama lain dipercayai di sebuah pusat kesihatan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Namun reaksi kanak-kanak sekitar usia setahun itu tidak seperti disangka dimana terus memberikan renungan tajam kepada jururawat pelatih tersebut seolah-olah ada perkara yang ‘tidak memuaskan hati’.

Menerusi posting berbeza, jururawat pelatih berusia 21 tahun itu turut berkongsi dua lagi video lain memaparkan kanak-kanak yang sama tetap menunjukkan ‘pelik’ terhadap orang di sekelilingya.

Tak berkelip…

Tetap pandangan yang sama

Posting video pertama itu meraih hampir 284,000 ribu tontonan selain lebih 1,000 komen warganet yang terhibur melihat aksi ‘jelingan mavt’ daripada kanak-kanak berkenaan.

Kecik2 dah pandai ‘judge’ ni

Tak puas hati je pandangan tu!

Tajam je tengok orang

Terkedu tengok akak jururawat kot?

Haihh comel je tengok! Nasib budak tu mesra melayan, kalau menangis je tak dapat la nak rakam sampai jadi viral kat TikTok.

Sembur : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*