“Beras Kita Beli, Masak Pun Kita” – Beraksi Di Dapur, Ramai Puji Ustaz Ini

Seperti mana yang kita tahu, tugas memasak sememangnya sudah sinonim dengan ibu sejak dulu

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya para ayah jugak hebat bab memasak ini. Sekali mereka dah masuk dapur, jangan terkejut kalau masakan mereka lagi power dari ibu kita. Memang terangkat!

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki merakam aksi ayahnya memasak di dapur menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Sakan goreng bihun dekat dapur, siap bagi ayat padu

Menerusi perkongsian video daripada Azzam Solihin, kelihatan dia sedang merakam ayahnya yang sedang memasak bihun goreng untuk mereka sekeluarga.

Masih berbaju melayu dan berkopiah seperti baru selesai solat, ayah remaja lelaki itu yang merupakan seorang ustaz dilihat sakan menggoreng bihun persis chef.

Apa yang lebih mencvri tumpuan adalah apabila ustaz itu sempat membuat lawak dan berkata “beras kita beli, masak pun kita”. Pasti ramai di antara anda sudah biasa mendengar ayat jenaka orang lelaki ini bukan?

“Walaupun ayah aku jarang masak, tapi sekali dia masak nasi goreng, kalah chef luar negara” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.3M tontonan, 155.9K tanda suka dan 4.1K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan contoh baik yang ditunjukkan ustaz itu kepada anak-anaknya. Malah, ramai yang terliur melihat bihun gorengnya kerana nampak sangat sedap.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaiklah ustaz! Mesti isteri bertambah sayang sebab tolong masak kan

 

Sumber: says

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*