Terharu Sultan Kelantan Buka Istana Untuk Rakyat Terima Vaksln, Rakyat Beri Pujian – “Terbaik, Daulat Tuanku”

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksln C0VlDl9.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata, Program Vakslnasl C0VlDl9 Kebangsaan di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan lima hari, mulai hari ini.

“Bagi program (vaksinasi) ini dalam Fasa Pertama PPN ia telah dilaksanakan pada 9 Jun lalu yang membabitkan seramai 350 penerima vaksln yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Istana negeri Kelantan.
“Sementara, bagi program kali ini, dijangka seramai 2,000 penerima dijangka akan menerima vaksin iaitu 1,000 penerima adalah rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Vakslnasl C0VlDl9 Kebangsaan anjuran Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Tengku Azmi berkata Sultan Muhammad V juga memuji rakyat Kelantan yang telah mendaftar untuk menerima vaksln dan baginda turut menitahkan agar semua rakyat Kelantan sama ada di dalam atau di luar negeri supaya mengambil serlus berkenaan peningkatan jangkltan C0VlDl9 di Kelantan serta negara ini.
“Baginda juga menyeru semua rakyat memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri dan keluarga,” katanya sambil memaklumkan Sultan Muhammad V juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan yang terlibat terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan C0VlDl9.
“Mereka tdak mengenal penat lelah berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat dan bertungkus lumus dalam memastikan kkes yang mencanak naik ini dapat dilandaikan secepat mungkin.
Dalam masa sama, Tengku Azmi turut memaklumkan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga amat prihatin terhadap masalah serta kekangan yang dihadapi oleh pihak KKM dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksln C0VlDl9.
“Pada 23 Jun lalu, bertempat di Istana Balai Besar juga, Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan lima peti ‘Top Loading’ bagi tujuan kemudahan penyimpanan bekalan vaksln C0VlDl9 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,” katanya.

Malah, Tengku Azmi berkata beberapa program lain juga sedang dalam perancangan pihaknya dan akan diadakan di Istana Balai Besar termasuk program penyerahan bakul makanan kurniaan baginda kepada penduduk Kelantan yang terjejas akibat pand3mikC0VlDl9.
Sumber : astroawani
Meninjau ke laman Twitter, rata-rata wargamaya turut memberikan pujian kepada kerabat Kelantan yang tampil memudahkan pelaksanaan vaksin di negeri tersebut.
“Ini la fungsi istana untuk kebajikan rakyat jelata. Bukan semata mata kau nak pamerkan kemewahan je,” komen seorang wargamaya.
“Apo yang bagusnya benda ni sebab most kelatanese ni lagi dengar cakap sultan more than gov. harap percepatkan lagi, lama dah aku tunggu ni,” kata seorang wargamaya.
“Cemburvnya. Rumah-rumah menteri besar pun boleh buka juga tempat vaksln untuk negeri Perak.
Kawasan luas tu, boleh pasang 10 khemah. MESTI CEPAT PROCESS DIA NANTI,” ujar seorang wargamaya.
“Nak mintak tukar PPV vaccine kat mysejahtera lah. Teringin nak masuk istana hahahhahaha,” usik seorang wargamaya.
“Allahuakbar, terbaik! Daulat Tuanku,” puji seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Sinar Harian dan Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*