Yusuf Azmi Dedahkan Apa Yang Shuib Dan Siti Sarah Lakukan Sebelum Ini

Awal pagi ini industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Allah.yarham Siti Sarah Raissuddin, 37, selepas berperang nya.wa akibat jang.kitan Covid-19.

Rata-rata rakan artis memuat naik ucapan salam takziah buat penyanyi Kesetiaan itu. Antaranya seperti Fazura, Johan Asa’ri, Norman Hakim, Shiha Zikir dan ramai lagi.

“Semoga roh Allah.yarhamah Siti Sarah Raissuddin dimuliakan di sisi Allah SWT dan ditempatkan di jannah firdaus.

“Salam takziah buat Shuib sekeluarga daripada kami sekeluarga. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hari-hari yang akan datang. Insya-Allah,” tulis Fazura di Instagram selepas mendengar khabar sedih itu.

Yusuf Azmi Dedahkan Apa Kebaikkan Yang Mereka Suami Isteri Lakukan

Siti Sarah, Shuib dipanggil SPRM - Kosmo Digital

Melalui laman Facebook Yusuf Azm1 Semboyan Malaysia, aktivis Yusuf Azmi turut meluahkan rasa sedih apabila isteri sahabat beliau telah tiada lagi.

Yusuf Azmi telah mengeluarkan satu cerita tentang betapa pemurah Shuib dan arwahh isterinya, Siti Sarah.

Mereka suka bersedekah dalam diam tanpa kita mengetahui.. 

Saya menunjukkan perbualan whaspp di mana Adinda Shuib sendiri pada Julai 2021 di mana arwah isteri beliau ingin membantu seorang ibu yang telah melahirkan seorang yang menghadapi ketumbuhan pada bayi.

Sewaktu Team Semboyan Kasih menziarahi sebuah keluarga yang melalui ujian berat saat tu.

Beliau melihat posting kami di IG. Dan memaklumkan pada suami untuk berhubung dengan saya. Inilah kebaikan beliau yang semua mungkin tak nampak.

Kematian yg dicemburi. M4ti asbab wab4k,syahid. M4ti dlm keadaan nifas,syahid. 2 tanda khusnul khotimah. Moga syurga buatmu Siti Sarah.

Akhir Julai lalu, Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif Covid-19. Selain dirinya, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Begitu pun, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Bagaimanapun, Sarah dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang Rabu lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot dan menyebabkan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (I.C.U) pada pagi Jumaat.

Petang Jumaat lepas, Sarah yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pemb3dahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.

Bayi pramatang yang dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah selamat dilahirkan sekitar pukul 5 petang.

Sumber : Yusuf Azm1 Semboyan / Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*