Terkini!! Baru je Siti Sarah pergi sebab C0vid, kini salah seorang ahli keluarga arwah mula kekurangan 0ksigen

Jenaz4h penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, 1.20 tengah hari semalam

Suami Allahyarham, Shuib yang juga pelakon dan pelawak popular dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jen4zah sehingga ke li4ng lah4d dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Terdahulu, urusan tayamum dan solat jen4zah diuruskan pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira jam 10 pagi.

Jenaz4h anak kedua daripada tiga beradik itu dikebu.mikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meningg4l dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplik4si pelbagai peny4kit termasuk kegag4lan buah pinggang, da4h tinggi dan ken.cing ma.nis

Keadaan Terkini Abang Arwah

Dalam perkongsian terkini oleh sepupu arwah Siti Sarah iaitu Nur Alia. Beliau memaklumkan yang abang kepada Siti Sarah, Firdaus Raisuddin kini kekurangan 0ksigen

Nur Alia juga memohon kepada semua untuk sedekahkan Al Fatihah dan beliau juga mula t4kut kerana keluarga terdekat mula di j4ngkiti C0vid

iframe-wrapper extendsBeyondTextColumn”>

Pembantu rumah salam kawan, punca Shuib sekeluarga p0sitif

Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dij4ngkiti Covid-19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan neg4tif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dij4ngkiti vir.us berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu meninggal dunia Jumaat lepas.

“Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah senjata paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berg4duh gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid-19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini.

Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung (Live) petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin.

Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik.

“Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid-19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan.

“Saya ingat lagi, ketika dalam ambulans sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri.

“Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid-19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan n4fas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*