Selepas Viral Video Seorang Lelaki Kesal Dengan Orang Langgar SOP Di PPV, Pihak Polis Akhirnya Tampil Dengan Kenyataan Ini

Polis telah mengawal keadaan orang ramai yang beratur di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kebimbangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dengan video tular berdurasi tujuh minit dan 15 saat menunjukkan kesesakan orang ramai di lokasi tersebut.

Katanya, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke PPV itu bagi mengawal keadaan.

“Hebahan telah dibuat terhadap mereka yang hafir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Pasukan pematuhan mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar Terkini Selepas PDRM Ambil Tindakan

Tambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Terdahulu, orang ramai melahirkan kebimbangan sekiranya tercetus satu lagi kluster baharu Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur yang dibanjiri orang ramai beratur untuk mengambil suntikan vaksin.

Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter menerusi rakaman video yang menyaksikan orang ramai beratur tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan melakukan penjarakan sosial.
Menerusi video itu, didapati orang ramai termasuk warga asing dilihat beratur dengan masing-masing rapat antara satu sama lain.

Rata-rata netizen menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku sedangkan program vaksinasi telah berlangsung sejak pertengahan tahun ini dan pihak berkuasa lebih waspada dengan situasi berlaku.

VIDEO YANG VIRAL

Sumber : PDRM Dang Wangi / Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*