Seorang Lagi Anak Seni Kehilangan Isteri Akibat C0vld Varian Delta, Pelakon Kerdil Badrol Shah Buat Luahan Ceritakan Macam Mana Perkara Ini Terjadi

SELEPAS pelawak Shuib kehil.angan isteri tercinta, Siti Sa.rah Raisuddin ak.ibat wabak C0v1.d-l9, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah turut berdepan ujian yang sama apabila isterinya meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Badrol atau nama sebenarnya, Badrol Shah Abdul Manan, 39, memaklumkan isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas lapan hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti mana yang tersebar di media sosial.

“Doktor call beritahu isteri sudah meni.nggal dunia pukul 1 petang Selasa.

“Arwah isteri dijangkiti virus C0v1.d-l9 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu dia ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaan menjadi lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HKL.

“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit C0vld meninggal dunia di situ setiap hari.

“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Badrol yang juga pelakon kerdil turut menjelaskan Allahyarham isterinya yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dijangkiti C0v1.d-l9 ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.

“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.

“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil.

Sekarang saya hanya tunggu pangilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit C0.vid meninggal dunia di situ setiap hari.

Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.

“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.

“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak… kalau saya tumbang, pastinya anak-anak pun akan ikut tumbang.

“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab… dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.

Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busut Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*