Baru je PM cakap tak letak jawatan kerana tiada siapa pun dpt buktikan majoriti, ini reaksi Bossku

Dua menteri menolak spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, beliau tidak pernah diberitahu sama ada Muhyiddin berniat untuk meletak jawatan.

“Tak dengar rumor (khabar angin) itu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebaliknya, katanya, parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) terus memberi sokongan padu kepada Muhyiddin untuk menerajui negara.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof juga mengesahkan bahawa Muhyiddin tidak akan meletak jawatan serta-merta.

“Tidak betul. Perdana Menteri tidak akan meletak jawatan hari ini. Setelah mesyuarat Kabinet hari itu, semua ketua parti komponen mengulangi sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

“Saya tahu Muhyiddin, beliau tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya kepada negara. Ada proses dan prosedur yang tepat untuk mencabar sokongan Perdana Menteri dan itu adalah melalui Parlimen, jadi kita akan melihat apa yang terjadi nanti,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan bertemu dengan pemimpin-pemimpin utama PN selama dua jam di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan itu menimbulkan spekulasi Muhyiddin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdeka

‘Saya tak letak jawatan kerana tiada siapa pun dapat buktikan majoriti’

Muhyiddin Yassin berkata dia tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang pun dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi perdana menteri baru.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, perdana menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut perlembagaan.

“Apabila perdana menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk,” katanya.

‘PN akan runding dengan parti lain untuk luluskan usul percaya’;

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk berunding dengan kepemimpinan parti di luar PN bagi memastikan undi percaya yang dijadual berlaku bulan depan di Dewan Rakyat, dapat diluluskan.

“Kami telah mencapai satu kata sepakat, untuk berunding dengan pimpinan-pimpinan parti di luar PN untuk meluluskan undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi menguruskan pandemik hingga tiba satu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat,” katanya.

Berikut pula reaksi Najib

“Dah mula. Nego nego pulak ni.Di luar parti PN? Eh?”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*