Sharifah Zarina M1mpi Jumpa Arwh Siti Sarah Pakai Jubah Pink Dlm Masjid

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkes.an dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu.

Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.

“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya.

Dalam mimpi itu, arwah Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi arwah sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan arwah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Kematianmu sangat dicembu.rui dik,” tulisnya.

Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama mengins4fi dan mengingati kem4tian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani.

“Sedangkan kematian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi kematian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali.

“Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya.

Allahyarhamah Siti Sarah menghem.buskan naf4s tera.khir di Unit Rawatan Rapi (I CU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bert4rung ny4wa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidu.rkan.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*