Najib Ded4h Tempoh 24 jam atau 48 jam mendatang ini kritik4l. Sekali PM tampil buat ucapan khas

Tempoh beberapa hari akan datang akan menjadi detik kritikal dalam menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Malah katanya detik itu mungkin berlaku dalam tempoh 24 atau 48 jam akan datang.

Hal itu kerana, kata Najib, sebarang keputusan yang bakal dibuat – termasuk oleh Yang di-Pertuan Agong – akan menentukan masa depan negara.

Pada masa sama ahli parlimen Pekan itu membayangkan isu yang akan ditentukan dalam tempoh tersebut ialah keabsahan kerajaan yang ada dan akan ditentukan.

“Apa caranya, kaedahnya, tuanku Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sama ada dibuat di dalam dewan atau di luar dewan,” katanya dalam program sembang santai secara maya bersama Umno Pekan.

Najib turut memetik krisis politik di Perak pada 2009 yang menyaksikan Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah menentukan di luar dewan undangan negeri (DUN) bahawa Mohamad Nizar Jamaluddin sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat.

Untuk rekod apa yang berlaku itu kemudian menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan dan diganti dengan BN. Banyak pihak menanggap Najib memainkan peranan penting dalam gerakan tersebut.

Gambaran kedudukan majoriti

Kaedah itu, kata Najib, diterima pula di Mahkamah Persekutuan sebagai satu penterjemahan kepada budi bicara Sultan Perak.

“Jadi bersandarkan pada kaedah dan prinsip itu, maka apabila sampai pada pertikaian di peringkat parlimen, ia juga boleh dilakukan di luar persidangan parlimen, atau pun di dalam parlimen, dalam bentuk undian kepercayaan, yang kita dengar mungkin akan dibentangkan pada tarikh yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Program sembang santai itu pada asalnya dirancang sebagai majlis perasmian cawangan Umno Pekan secara berkelompok. Bagaimanapun ia diubah menjadi sembang santai ekoran pertikaian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan Umno berhubung penangguhan mesyuarat persidangan parti berkenaan.

Kenyataan Najib hadir di tengah pertikaian terhadap majoriti yang dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Istana Negara didakwa menghantar surat untuk meminta pengesahan daripada speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berhubung jumlah sokongan anggota parlimen terhadap Muhyiddin.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan kepada Malaysiakini, meskipun Azhar dilaporkan enggan mengesahkan surat berkenaan kerana melibatkan pihak Istana Negara.

Menurut Najib perkembangan terbaru menyaksikan surat daripada Azhar yang ditularkan dan didakwa menggambarkan memang Muhyiddin sudah kehilangan majoriti.

“[…] Kerajaan sudah pun ketiadaan keabsahan. Perkara ni mungkin melibatkan soal tafsiran perlembagaan, dan juga kaedah-kaedah bagaimana penentuan keabsahan itu perlu dilakukan,” katanya.

‘Saya tak letak jawatan kerana tiada siapa pun dapat buktikan majoriti’

Muhyiddin Yassin berkata dia tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang pun dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi perdana menteri baru.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, perdana menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut perlembagaan.

“Apabila perdana menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk,” katanya.

‘PN akan runding dengan parti lain untuk luluskan usul percaya’;

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk berunding dengan kepemimpinan parti di luar PN bagi memastikan undi percaya yang dijadual berlaku bulan depan di Dewan Rakyat, dapat diluluskan.

“Kami telah mencapai satu kata sepakat, untuk berunding dengan pimpinan-pimpinan parti di luar PN untuk meluluskan undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi menguruskan pandemik hingga tiba satu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat,” katanya.

Sumber: SobatSam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*