SAH!! Ismail Sabri Diangkat Sebagai Perdana Menteri ke-9,Skali Bekas Perdana Menteri Ke-6 Bersuara!! Ini Kata Kata Najib Razak

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” memetik kenyataan yang dikongsi di media sosial Istana Negara pada Jumaat.

Beliau memaklumkan, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

Kenyataan itu dikeluarkan pasca Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Dalam perbincangan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yaakob pada 16 Ogos lalu.

“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda semasa sesi menghadap bersama ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 di mana kesemua 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah diminta untuk menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).

“Pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi surat-surat akuan tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan itu.

INI KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SAH JADI PERDANA MENTERI KE 9

1MDB trial adjourned as Najib in quarantine after travelling to coronavirus hot spot Sabah, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Ismail Sabri atas perlantikkan menjadi Perdana Menteri Ke 9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia.” – Najib Razak

Tidak sampai 30 minit status itu dimuatnaik, kenyataan Najib Razak menjadi tular di media sosial dengan mendapat lebih dari 43ribu tanda LIKE , 6000 lebih komen dah melebihi 1600 perkongsian.

Sumber Rujukan : Astro Awani / FB Najib Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*