Adik Fasha Sandha terima hantaran RM22,222.22 – “Sepatutnya nikah Februari depan, cepatkan sebab Hanya Kerana Hal Ini

SELAIN Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada Sabtu, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan tunangnya, Uzair Haqimy pada Sabtu.

Pasangan berkenaan bernikah kira-kira pukul 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair, 25, yang bekerja sebagai pengurus produksi.

VIDEO ADA PALING BAWAH ARTIKEL

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dalam pada itu, Elisya berkata pada awalnya majlis pernikahan dirancang pada 22 Februari tahun depan, namun terpaksa dipercepatkan.

Elisya Uzair
Elisya dan Uzair disatukan dalam majlis sederhana mengikut SOP.

“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir, dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian naik mendadak, semuanya perlu dipercepatkan termasuk hal membina masjid ini.

Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya!

“Kita dahulukan yang wajib dahulu. InsyaAllah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis cuma tarikh belum tahu lagi,” katanya.

Ditanya mengenai sisi peribadi suaminya, Elisya menyifatkan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly ini seorang lelaki yang bertanggungjawab.

elisya 3 new
Sikap Uzair mementingkan keluarga membuatkan Elisya terpikat.

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya. Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.

Dalam majlis tersebut Elisya anggun mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa.

Majlis nikah petang itu turut saksikan oleh adik beradik, sanak saudara dan teman rapat secara atas talian.

Tunang Elisya Sandha gigih kumpul duit nak kahwin

PETALING JAYA – Pelakon Elisya Sandha terharu me­nyaksikan kegigihan dan usaha tunangnya, Uzair Haqimy yang sanggup menjual lemang demi mengumpul wang perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, adik bongsu kepada pelakon Fasha Sandha itu dilihat sedang bersahur dengan menu lemang dan rendang pemberian kekasihnya itu.

Elisya atau nama sebenar­nya Nur Elisya Hassan, 22, turut memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kesungguhan Uzair menjual lemang tanpa segan silu.

“Salam sahur. Encik tunang ada hantar lemang. Saya doakan awak selalu @uzairhaqimy69. Katanya nak cari duit kahwin. Terharu rasanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya itu dan me­nyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka kelak.

Sejak memulakan operasi beberapa hari lalu, permintaan terhadap lemang air tangan anak pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jing­go itu terjual lebih 300 batang sehari.

Menjengah ke rua­ngan komen, rata-rata pengikut dan peminat menyatakan keinginan untuk merasa sendiri lemang yang dijual Uzair.

VIDEO ELISYA SANDHA




Terdahulu, Elisya mengikat tali pertunangan dengan Uzair yang merupakan anak sulung pasangan penerbit JS Pictures itu ada 31 Januari lalu. Mengikut perancangan keluarga, pasa­ngan itu akan disatukan pada tahun depan. – K! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*