Baru jer selesai ucapan pertama Perdana Menteri ke-9, sekali Najib Razak tampil dengan kata-kata ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperkenalkan penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan sudah mengikat mereka semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri juga meminta seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri mengakui, ketika pandemik masih belum reda, beliau menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak COVID-19.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah. Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua.

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan dan bukan sedikit yang dibuang kerja.

“Kita sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri, sama ada anak muda, mahupun yang berusia. Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan,” katanya.

KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SELESAI BERI UCAPAN

Selepas selesai ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan untuk Perdana Menteri Ismail Sabri.

Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

Kita maju jaya bersama.

Sumber: BHARIAN ONLINE | NAJIB RAZAK (FB)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*