“Kami Masuk Selamba Acah Lengkap 3 Dos”- Wanita Tolak Vaksin Bangga Dapat Dine In Bawa Anak

Perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.

Menerusi satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.

“Haritu beberapa hari saya buat ‘social experiment’ lepas media beritahu yang dua dos vaksin boleh masuk sana sini yang tiada boleh mereput di rumah. Saja nak cuba semua kedai saya masuk, tiada satu premis pun yang semak saya dua dos ke tidak.

“Suami pun cuba tapi dihalau waktu masuk ke kedai gunting rambut namun akhirnya dia dapat masuk juga ke kedai lain. Jadi lepas ni kita sokong kedai gunting rambut yang betul-betul cari duit sahaja,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Tambah wanita berkenaan, dia dan keluarga turut mencuba nasib pergi bersarapan di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya dan berbangga apabila tiada sebarang semakan dilakukan dan mereka bebas menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.

“Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine in pagi ni. Tiada yang mustahil,” katanya.

Perkongsian wanita tersebut menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undang-undang yang telah ditetapkan selain pelanggaran prosedur operasi standard secara terang terangan.

“Selepas ini tidak mustahil polis akan buat penguatkuasaan tegas sebab makhluk macam ini. Tapi tidak mengapa, bongkak lah dahulu, lepas ni kalau dah kena tindakan jangan pula meayu buat kutipan,” tegas seorang pengguna dengan nama @derwann.

“Jika dia pilih untuk terima vaksin tidak perlu nak buat eksperimen begini, nampak tak menyusahkan diri sendiri apabila pergi kedai kena halau. Semoga anak-anak tidak mewarisi sifat ibu bapa dia,” ujar @Raziman.

“Anti vaksin ni kebanyakan bodoh ke? Benda ini akan beri kesan pada orang lain jika kau bawa penyakit. Bila kau imbas MySejahtera, rekod kedai tu pun akan rosak sebab ada rekod orang tidak vaksin masuk,” ulas @intanphyla.

Ikuti perkongsian nya di bawah,

Komen-komen netizen

“Dah la tak ambil vaksin, siap post dekat social media pula tu”

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen ‘panas’ dengan tindakan wanita tersebut yang secara terang-terangan melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan membahayakan keselamatan lain.

“Kesian anak dapat parents macam ni”

Status yang dimuatnaik oleh wanita itu di Facebooknya bagaimanapun telah tidak dapat diakses oleh orang ramai setelah wanita itu menukarkan status tersebut ke mod peribadi.

Sumber : Twitter @pedoqpop/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*