TDM timbang serap semula anggota dipec4t, tapi ini syarat yg da kena ikut

Selepas tular kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima v4ksin, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Isnin menegaskan setiap anggota TDM diwajibkan mengambil v4ksin.

Jelas kenyataan itu, ia bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, bahkan boleh menjangkiti keluarga anggota TDM dan masyarakat keseluruhannya.

“Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima v4ksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap.

“Pengambilan v4ksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Ia juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan COVID-19 di negara ini.

“Setiap anggota TDM hendaklah mematuhi dan menuruti perintah yang telah dikeluarkan, bagi menentukan misi/kesiapsiagaan organisasi tercapai,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Sarjan Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan menerima arahan pemberhentian perkhidmatan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Tindakan itu diambil selepas bapa kepada tiga anak itu menolak pemberian v4ksin pada 7 Julai lalu ketika diarahkan berbuat demikian.

Beliau sepatutnya dijadualkan tamat perkhidmatan pada 21 Januari 2023, bagaimanapun selepas tindakan yang akan dikenakan, Wan Ramly berkemungkinan kehilangan pencen yang layak diperolehnya.

TDM timbang serap semula anggota dipec4t jika terima v4ksin

Kuala Lumpur: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipec4t kerana menolak v4ksin C0vid-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula, jika dia bersedia menerima suntik4n v4ksin itu, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan memberhentikan anggota berkenaan masih kekal setakat ini.

Menurutnya, anggota tentera berkenaan sebelum ini telah menjalani empat sesi kaunseling selepas dia enggan menerima suntik4n v4ksin dan keputusannya masih sama iaitu tidak mahu menerima suntik4n v4ksin.

“TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntik4n v4ksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.

“Segala apa yang patut anggota itu dapat, kita akan serahkan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grant) kepada 83 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.

Zamrose berkata, TDM mempunyai 86,000 anggota dan tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja dalam pasukan.

“TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan.

“TDM tidak mahu sebarang implikasi kepada anggota lain kerana dia seorang sahaja yang tidak mahu menerima v4ksin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang tentera berpangkat Sarjan dipecat kerana men0lak v4ksin C0vid-19 dan menyebabkan dia kehil4ngan kelayakan untuk menerima skim pencen.

WAN Ramli Wan Seman menunjukkan laporan artikel yang disiarkan sebuah portal berita mengenai dirinya ketika ditemui di Bandar Seri Sendayan, Seremban hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

Sesi kaunseling g4gal ubah pendirian anggota tentera tolak v4ksin

Beberapa sesi kaunseling kepada seorang anggota tentera gagal mengubah pendiriannya apabila tetap enggan mengambil v4ksin C0vid-19 sehingga menyebabkannya dibuang kerja.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, tindakan buang kerja itu diambil mengikut peraturan sedia ada demi menjamin keselamatan semua pihak.

“Tindakan menghentikan perkhidmatan anggota itu tidak dibuat secara terburu-buru kerana kita sudah panggil anggota itu untuk beberapa sesi kaunseling dan temuduga berkaitan perkara berkenaan.

“Kaedah komunikasi dibuat secara dua hala, malah kita turut perjelaskan mengenai implikasi untuk tidak ambil v4ksin dan anggota itu dilihat faham,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggotanya diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan v4ksin C0vid-19.

TDM dalam kenyataan dipetik berkata, ia susulan setiap anggotanya wajib mengambil suntikan v4ksin, terutama sebelum melaksanakan penugasan dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah ditetapkan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Sarjan Wan Ramli Wan Seman mendakwa perkhidmatannya hampir 20 tahun ditamatkan berkuat kuasa Khamis ini, selepas ingkar arahan untuk mengambil v4ksin.

Wan Ramli, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Rasah, Negeri Sembilan dikatakan akan kehilangan pencen yang sepatutnya diterima 16 bulan lagi.

Mengulas lanjut, Zamrose berkata, menjadi satu keperluan bagi petugas barisan hadapan termasuk tentera untuk mengambil v4aksin kerana sentiasa berada di lapangan menjalankan tugas.

“Kita berinteraksi dengan ramai orang dan secara berkelompok. Bila anggota itu tidak mahu ambil v4ksin, apa pilihan lain yang kita ada (selain buang kerja).

“Dalam hal ini, kita perlu utamakan isu keselamatan kesihatan bagi memutuskan rantaian penul4ran C0vid-19,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*