Sumber dedah Najib akan kembali dlm kerajaan. Jawatan yg di tawarkan bukan biasa2

Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata sumber-sumber.

Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua-dua pihak Selasa lalu.

Sumber-sumber berkata portfolio untuk Najib itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Respon Najib

Najib tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu. Bagaimanapun, di media sosialnya semalam, dia menggariskan beberapa cadangan untuk membendung C0vid.19, menaikkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara serta menangani kebajikan rakyat.

Katanya, sesetengah idea itu telah pun dibincangkan dengan Ismail.

Lantikan itu, jika menjadi kenyataan, akan menguatkan kedudukan kem Najib dan Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap kedudukan Ismail.

Penganalisis sebelum ini memberi amaran langkah itu boleh menjejaskan imej kerajaan.

Najib pada Julai tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Lantikan itu juga, jika menjadi kenyataan, boleh mewujudkan ketegangan dengan parti sekutu kerajaan – Bersatu – yang menolak “Kluster Mahkamah” dalam kerajaan.

Langkah-langkah Najib sebelum ini menimbulkan spekulasi dia akan kembali ke dalam kerajaan.

Dia antaranya membuat laporan polis kepada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mendakwa saman tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik.

Dia juga menghantar surat tuntutan guaman kepada Muhyiddin Yasin susulan dakwaan terdapat permintaan supaya dia, ketika menjadi perdana menteri, campur tangan dalam kes mahkamah.

Najib menafikan khabar angin itu. Anggota parlimen pekan menjadi menteri kewangan dari 2008 dan perdana menteri pada 2009.

Dia memegang kedua-dua jawatan itu sehingggalah BN kalah buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-18.

Kerajaan pimpinnnya terpalit dengan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB, menyebabkan dia kini terpaksa naik-turun mahkamah. Najib berkali-kali menegaskan dia tidak bersalah.

Untuk rekod sebelum ini Muhyiddin menegaskan sokongan Bersatu kepada Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri adalah bersyarat.

Antara lain presiden Bersatu itu mahu Ismail Sabri memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

Malaysiakini sedang menghubungi pemimpin parti yang berkenaan untuk mendapatkan komen mereka.

SUMBER:MK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*