Lelaki Ini Ditahan Kerana Mencuri Susu Formula Bayi. Netizen Luah Rasa Simpati Dan Ingin Membayar Harga Susu Itu

Dengan keadaan sekarang memang ramai yang susah. Dengan tidak boleh berkerja atau berniaga seperti dulu pasti akan memaksa seseorang bertindak di luar kawal terutamanya pada yang seudah bekeluarga.

Seorang lelaki ditahan kerana mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak di sebuah premis perniagaan di Miri Times Square di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri di Taman Desa Senadin pada 8 malam, susulan laporan polis dibuat wakil peniaga.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2 petang (hari penahanan) dan kelakuan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek dilihat berjalan memasuki premis dan terus ke sudut yang menempatkan susu, sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan beredar dengan kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hakemal, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak masih bayi disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya, susu dicuri bernilai RM294.

Netizen Mahu Bayar Harga Susu

VITAMINUMMI SHOP: BAHAYA SUSU FORMULA KEPADA BAYI KURANG 6 BULAN

Gambar hiasan

Rata rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki yang ditahan kerana mencuri susu formula untuk bayi. Ada juga yang bersependapat bahawa 3 tin susu yang berjumlah hampir rm300 itu tidak cukup untuk bertahan lama kerana bayi memang kuat menyusu.

Ada juga netizen tinggalkan komen sanggup bayarkan jumlah susu yang telah diambil oleh lelaki itu.

“Allahu akhbar.. Lepas kn je la. Berapa 3 tin susu tu.. saya sanggup bayar kan.. kesian anak2 nya ntah mkan ke tidak tu”

“Aduhhhhh…..amat kasihan. Seandainya dekat……ada jua hati nak tolong bayar. Kita tidak berbeza…….sesama insan yang kerdil”

“Mencuri memang satu kesalahan tapi kalau rekod pesalah ni bersih & bebas dr dadah cuba tanya kenapa dia mencuri adakah sebab terdesak demi anak…lagi satu mcm xde hati perut plk tgk bila dh tangkap semua segak bergambar mcm terlalu bangga dpt tangkap pesalah..”

“Dah curi dan ditangkap, ambil 3 tin pulak tu.. Ai…. Anak masih bayi, tak tau nak cakap macam mana.. Harap kamu diadili dgn pengajaran.. Check status dan kaji apa yg perlu.. Simpati tu ada tapi undang2 juga kena ikut.semuga dipermudahkan”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*