KKM nafi dakwaan GPMC, pesakit positif covid kini di tahap 4

Kuala Lumpur, 13 September: Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkata Encik Affendy bin Mohd Yusof telah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengalami penyakit COVID-19 dan kini berada pada tahap 4.“Pemeriksaan awal menunjukkan penurunan tahap oksigen dalam darah yang sangat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

Namun begitu, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah pesakit hanya dapat distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator”

Tambah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Ma’arof bin Sudin selaku Pengarah Kesihatan Pulau Pinang itu, pegawai perubatan pakar rawatan rapi dan ICU telah memaklumkan tentang keadaan kritikal ini kepada pesakit dan ahli keluarganya serta telah menjelaskan berulang kali tentang risiko yang boleh membahayakan kepada tubuh dan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan tersebut.

“Walau bagaimanapun, pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang telah disyorkan dan telah memohon agar dibenarkan pulang atas risiko sendiri”

Oleh sebab itu, pihak hospital masih menempatkan pesakit tersebut di ICU untuk pemantauan walaupun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan ventilator.

Ini memandangkan keadaan pesakit yang masih kritikal dan berisikot menyebarkan penyakit covid-19 kepada individu lain sekiranya pulang.

Mengenai dakwaan bahawa pesakit tidak diberi makan selama 4 hari, pihak hospital menafikan dakwaan tersebut.

“Untuk makluman, pesakit di IVU telah diberikan makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi. “

Kelmarin, tular satu perbualan video secara langsung melalui facebook GPMC diantara pesakit dan wakil GPMC, encik Kabul Idris.

Pada perbualan itu, Encik Kabul mendakwa pesakit tersebut, adalah dalam keadaan sihat sejahtera dan mempersoalkan mengapakah KKM menempatkan pesakit itu ke dalam ICU.

“Saya tengok Abang ni sihat elok je,boleh menelefon saya, kalau orang sakit 3-4 pagi tak boleh telefon orang, sudah tertelentang. Tapi abang ni boleh telefon saya minta saya tolong” kata Kabul.

Walaubagaimanapun, paparan monitor pesakit pada ketika itu dapat dilihat dan menunjukkan bacaan paras oksigen beliau .SPO adalah pada 63, di mana paras ini adalah sangat rendah. Manakala denyutan nadi pula menunjukkan bacaan 119, bukan pada bacaan normal.

Laman facebok GPMC yang menaikkan video perbualan itu kini didapati tidak dapat diakses dipercayai telah dinyahsiar oleh facebook.

Sumber – TTKM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*