“Tak boleh dine kat KL, sistur dine kat Miami”-Lana tayang kegembiraan bersama keluarga di Miami

Enggan terus mendiamkan diri selepas timbul pelbagai andaian dia tidak akan ‘lolos’ ke AS sebelum mendapat vaksinasi lengkap Covid-19, Lana Nordin menunjukkan bukti dia kini berada di negara Uncle Sam itu.

Lana menayangkan bagaimana dia, suaminya David McKienzie dan dua anak mereka – Gia Quinn, 5 dan William Daud, 2 – sudah bersama-sama ada di Miami, Florida.

Melalui Insta Story, Lana memuat naik beberapa aktiviti yang dilakukan mereka.

“Selamat pagi AS, ia masa untuk kopi @Denny’s. Tak boleh dine-in kat Kuala Lumpur, sistur (saya) dine-in kat Miami. Jemput makan,” katanya.

Lana sebelum ini mengundang perhatian ramai apabila lantang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam isu pengurusan Covid-19.

Dia turut dituduh sebagai antivaksin dan cuba menghasut orang ramai dengan mempersoalkan keberkesanan kaedah pencegahan tersebut.

Bagaimanapun, Lana menegaskan dia bukan penyokong kumpulan antivaksin sebaliknya lebih kepada mahu ‘berjaga-jaga’.

Perkongsian melalui Insta Story tersebut turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang membuat kenyataan balas secara berseloroh berhubung imej yang dimuat naik Lana.

Dulu ramai ku.tuk, ke.ji

Rita bertanya kepada Lana berapakah jumlah dos vaksin yang mereka sekeluarga perlu ambil sebelum terbang ke AS.

“Berapa dos ampa oiii @lananodinmckeinzie dapat rentas negara? Tanya jerr,” katanya.

Untuk rekod, Lana dan keluarganya berlepas ke AS Sabtu lalu dan bakal pulang ke Malaysia selepas semua urusan keluarga sebelah suaminya selesai.

Terdahulu, dalam hantaran berbeza, Lana meluahkan panjang lebar berkaitan cemuhan yang diterimanya di media sosial hingga mendakwa ada pihak menghalaunya dari negara sendiri gara-gara isu vaksin Covid-19.

“Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih menc4ci serta suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya, tanpa selidik, tanpa mengetahui kenapa dan apa aku buat.

“Ada yang kata: Oh! Dia tak lepas penerbangan apa lagi berjaya masuk AS, kat sana lagi teruk, semua tak boleh, termasuk makan di restoran, pergi ke kompleks beli-belah atau masjid.

“Selama ni aku diam, ramai yang mengut.uk, menghin4 bahkan lebih tahu pasal AS. Video ni khas untuk kamu jangan sibuk mengata, sibuk halau aku dari negara sendiri, OK ni aku balik dan buktikan,” katanya.

Lana juga menegaskan tidak wujud isu dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya itu.

“Dari aku buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hingga sampai ke AS, alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan.

“Tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah, tiada sebarang kabel, ni semua kehendak Allah SWT,” katanya.

Tak payah scan

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran. Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa netizen suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin. Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya.


 

Lana Nordin Selamat Sampai AS, Gurauan Rita Rudaini Di IG Curi Perhatian Netizen – ‘Berapa Dos Ampa Oiii?’

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam. Selepas menerima pelbagai kutukan dan hinaan daripada netizen, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Berapa dos dapat rentas negara

Menerusi pemerhatian Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini, ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*