‘Mereka sangka saya akan ke City atau Barcelona’

LONDON: Andy Carroll begitu terdesak untuk mencari kelab baharu selepas dia dilepaskan Newcastle pada musim panas ini.

Bekas penyerang Liverpoool itu pernah menjadi pemain termahal Britain ketika berpindah ke Anfield dari St. James Park tetapi gagal mendapat tempat dalam pasukan Steve Bruce, musim lalu dan kontraknya tidak diperbaharui.

Dalam satu temubual bersama Alan Shearer, dia mengakui mahu menamatkan karier bersama Newcastle tetapi dia kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk beraksi.

“Saya ingat akan bersara di Newcastle. Saya rasakan akan bersama kelab itu lima tahun lagi tetapi tidak berjaya kerana pelbagai sebab, sejujurnya keadaan ini sangat sukar buat saya.

“Anak-anak saya ingat saya akan menyertai Manchester City atau Barcelona. Perkara itu tidak mungkin berlaku tetapi saya sedang berusaha mencari kelab baharu,” katanya.

Carroll hanya menjaringkan satu gol dalam 43 penampilan ketika kali kedua bersama Newcastle dan membuat penampilan 18 kali di Liga Perdana Inggeris musim lalu.-AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*