Lana Nordin Kongsikan Kehidupan Baru Di Amerika, Ada Sesuatu Perkara Dalam Perkongsian Yang Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Selepas pulang ke Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, pelakon Lana Nordin sentiasa memastikan untuk mengemas kini Instagram (IG) miliknya bagi berkongsi aktiviti harian kepada peminat Malaysia.

Terbaru, Lana, 41, berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga berkunjung ke Tampa Premium Outlets. Kata pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, pengunjung di situ diberikan kebebasan sama ada untuk memakai pelitup muka mahupun tidak.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Lana juga menyatakan dia memilih ‘hujan emas’ sepertimana pepatah Melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’.

Orang kata hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni…buat masa sekarang ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni…

Tak ada diskriminasi dan freedom of choice tu yang penting!

Rakyat Malaysia luah perasaan

Perkongsian yang dibuat itu menarik perhatian warganet untuk meninggalkan komen. Ruang media sosial pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim menjadi tempat segelintir rakyat Malaysia meluahkan keresahan dan ketidakpuasan hati masing-masing.

@shamdy09: Terima kasih Lana saya suka awak bagi tahu semua orang macam mana keadaan dekat sana… Sebab dekat Malaysia semuanya ditutup. Sedih tengok bergaduh ja hari-hari dorang ni.

@ssupzyla_: Dekat sini budak kecik semua tak boleh keluar. Kesian dorang terperuk ja dalam rumah.

@haifasabrina1: Tak faham kat Malaysia ni semua nak disekat.. Nak beli barang pun kena sekat.. Betul-betul tak faham.. Segala benda nak disekat tapi sama ja kes hari-hari.

Justeru, rata-ratanya meminta agar Lana terus berkongsi keadaan di sana selain mengingatkannya untuk menjaga keselamatan diri.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin C0vid tersebut.

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*