Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl, Nabil Mahir Kongsikan Keadaan Bayi Dan Isterinya

Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Ditanya mengenai nama untuk bayi mereka, Ayda dan Nabil belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.Pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Suami penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir berkongsi perasaan teruja apabila berkongsi foto dirinya sedang memangku anak sulung mereka yang dilahirkan pada Selasa.

Sambil berkongsi rasa syukur di Instagram, Nabil turut memaklumkan bayi dan isteri tersayang berada dalam keadaan baik.

“Im officially a Daddy! Alhamdulillah everything was fast and smooth. Ayda delivered Baby Wuvv jam 7.07pm pada berat 2.77kg.

“Ayda & Baby sihat alhamdulillah. They both just need plenty of rest. Malam semalam dah mula dah bangun hampir setiap jam but alhamdulillah Baby senang dipujuk.

“Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama2 dapat keberkatan dariNya. Take care and stay safe!,” tulis Nabil.

 

Perkongsian indah itu turut disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.

Sementara itu, Ayda turut berkongsi foto tangan kecil anak perempuannya menerusi platform sama sambil mengucapkan terima kasih atas doa semua.

Kredit:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*