‘Simple’ Tapi Bermakna! Ayda Jebat Pilih Nama ‘INI’ Untuk Anak Sulung Nya

Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi nama dan mendedahkan wajah anak perempuannya kepada orang ramai.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memilih nama Ana Nayla untuk bayi tersebut menerusi perkongsian satu video pendek di laman Instagram memaparkan wajah anaknya.

“Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Malah, penyanyi lagu Pencuri Hati itu dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka @ananaylaofficial yang kini mencecah lebih 15,000 pengikut.

Rata-rata pengikutnya terpegun melihat kecomelan wajah Ana Nayla selain mendoakan  zuriat pasangan itu menjadi anak solehah untuk kedua ibu bapa.

Terdahulu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu memaklumkan terpaksa bersalin secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*