Sampai beratur panjang nak tukar kad atm, rupanya ada cara mudah tukar secara online je

Tular di media sosial foto orang ramai yang beratur panjang di beberapa cawangan bank semata-mata ingin menukar kad ATM mereka yang tamat tempoh.

Keadaan tersebut membuatkan ramai yang marah dan merasakan pihak bank sepatutnya mencari solusi baharu agar keadaan tersebut tidak berlaku.

Ramai beranggapan dengan keadaan ekonomi sekarang masing-masing dalam keadaan memerlukan duit, dek kerana kad ATM luput orang ramai ‘terpaksa’ beratur panjang untuk urusan tukaran kad semata-mata.

Orang ramai ketika ini mempersoalkan apakah solusi segera yang pihak bank boleh ambil untuk memudahkan pelanggan mereka, tiadakah solusi perbaharui secara atas talian?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa pihak bank tidak hantar sahaja kad ATM pelanggan menggunakan perkhidmatan courier yang berlambak di Malaysia.

“Kalau sebelum ni pemotongan duit boleh dibuat tanpa makluman kepada pelanggan, kenapa tidak buat pemotongan untuk tukaran kad ATM secara automatik dengan hanya makluman melalui surat bersama kad ATM baharu,” jelas Hisham Hisham.

“Aku nampak bank hanya sekadar ‘take for granted’ kau nak duit kau usaha la sedaya mampu, walhal semua yang beratur tu pelanggan yang gunakan servis mereka.

“Mereka semua layak dapat layanan setara pelanggan lain dan bukan dilayan seperti si penghutang,” jelas Hilmi Syazwan

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

Bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidka boleh menunaikan sebarang transaksi! Nak pergi bank, rasa malas kerana urusan akan dijangka memakan masa yang lama berikutan musim Covid-19 dimana anda perlu beratur dan buat temujanji. Jadi, rupanya ini cara tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

Baca juga: Pulangan Dividen Tinggi, Mak Ayah Boleh Buka Akaun Yippie Untuk Anak Seawal Baru Lahir

CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA ONLINE

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

1. Log masuk Maybank2U

2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Replace Card

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin berikutnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian, ikuti langkah di bawah ini.

1.Log masuk laman web Maybank2U

2.Klik Settings

3.Klik Cards

4.Klik Manage Debit Cards

5.Klik Activate

Kad debit baharu ini perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

Sumber: Maybank2U, mermyman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*