Bapa pelakon suara Upin & Ipin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ayah kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi tadi.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pagi ini.

“Sekitar minggu lalu, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad. Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.

“Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Semalam, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati. Namun, hari ini, saya menerima berita arwah sudah tiada,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya.

Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVID-19.

“Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque.

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*