Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey baru meninggal dunia sebentar tadi

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia malam tadi.

Berita kembalinya Sabariah Arshad ke rahmatullah dikongsi sahabat rapat Abam iaitu Achey dan Fad Bocey di laman Instagram.

”Salam takziah sahabatku @aliputeh_officlal di atas pemergian ibu tercinta,” tulis Fad.

”Malam Jumaat pemergian MU mak @aliputeh_officiai, moga mak tenang di sana…moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga in shaa Allah…” tulis Achey pula.

Allahyrham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia 10 Februari tahun lalu.

Rata-rata netizan turut bersedh dan mensedekahkan Al Fatihah kepada arwah

انا لله وانا اليه راجعون.

Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

TERDAHULU…

Pelawak Abam meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi tadi, dipercayai akibat demam panas.

Berita pemergian Allahyarham Abam disahkan rakan seperjuangan, Achey yang menjadi antara sahabat terawal dimaklumkan mengenainya.

“Saya diberitahu adik Abam, Ali Puteh bahawa arwah meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi. Arwah meninggal dalam keadaan sangat baik.

Jenazah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas meninggal dunia di kediamannya di Gombak. - Foto Asyraf Hamzah
Jenazah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas meninggal dunia di kediamannya di Gombak. – Foto Asyraf Hamzah

“Saya dimaklumkan selepas subuh, arwah bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika.

“Namun tak sangka, tidurnya itu untuk selama lamanya,” katanya yang bergegas ke rumah arwah selepas mendapat berita itu.

Achey berkata, arwah yang menganggotai kumpulan Bocey, dijangka dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Balu kepada Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali di kediamannya di Gombak. - Foto Asyraf Hamzah
Balu kepada Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali di kediamannya di Gombak. – Foto Asyraf Hamzah

“Difahamkan, keluarga arwah mahu menunggu adik yang berada di Pulau Langkawi untuk pulang sebelum dikebumikan, petang nanti.

“Saya lihat isteri arwah reda dengan pemergiannya,” katanya.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Adik kepada Abam, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan (dua dari kanan) bersama Achey di perkarangan kediamannya di Gombak. - Foto Asyraf Hamzah
Adik kepada Abam, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan (dua dari kanan) bersama Achey di perkarangan kediamannya di Gombak. – Foto Asyraf Hamzah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*