“Ng4m Ni Dua2 Pel4t” Caprice Jmpa King Coco, Ramai ‘Restu’ Kalau Berjod0h

Aktivis dan penyanyi rap Caprice bertemu selebriti media sosial, King Coco selepas kontroversi posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini yang mengusik wanita tersebut berhubung berita perceraian dengan bekas suami.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat duduk santai berbual dengan wanita berusia 23 tahun itu dipercayai di sebuah pejabat miliknya.

“Alot of mix,” tulis Caprice ringkas

Sebelum ini, kedua-duanya menjadi usikan dalam kalangan warganet kerana mempunyai persamaan ‘pelat’ dengan slang ‘mat salih’ apabila berbual dalam bahasa Melayu.

Menerusi hantaran InstaStory pula, penyanyi lagu Koyak itu mengadakan permainan membaca dua buah buku cerita bagi menentukan siapa ‘terpaling pelat’ di antara mereka berdua.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya teruja melihat pertemuan berkenaan serta berseloroh supaya Caprice bertemu jodoh dengan Coco, atau nama sebenarnya Marshaira Ismail kerana dilihat serasi.

Selain itu, ada juga individu berpendapat aktivis itu kononnya mahu ‘memujuk’ semula wanita tersebut selepas tidak sengaja membuat posting berbaur sindiran dan gangguan seksual sebelum ini sehingga mengundang kecaman ramai.

Dah kena kecam, cepat2 panggil awek tu datang

Macam tu la dengan Mamu (Sharnaaz Ahmad) sebelum ni

Ngam! Nampak sesuai dah ni

 

Kahwin jelah korang!

Peluang tu, apa tunggu lagi

Moga disatukan dengan ikatan sah

Terdahulu, Caprice memuat naik satu tangkapan skrin berita mengenai penceraian Coco dengan menulis kapsyen kurang sesuai sebelum menukarnya kepada ayat yang lebih sopan.

Bagaimanapun, Coco tidak berkecil hati dan memahami bahawa sindiran berkenaan ditujukan kepada orang lain selain memberikan kata-kata nasihat kepada Caprice.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*