“Yusuf tak benar angkat benda berat” – Ini reaksi Zizi Kirana status Diva AA sindir kahwin ‘pucuk muda’

PENYANYI Zizi Kirana tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan status pengacara sensasi Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, menganggap kata-kata Azwan Ali itu sebagai satu doa untuk dirinya dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

“Sejujurnya, saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu. Malah, saya rasa dia seorang yang kelakar.

“Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun, bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

“Insya-Allah apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan suami,” kata Zizi ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Status yang dimuat naik Azwan Ali atau Diva AA.

Zizi berkata demikian ketika mengulas perkongsian status Azwan Ali atau Diva AA di Twitter berhubung artikel berbunyi ‘Zizi Kirana tak boleh buat kerja berat, Yusuf Bahrin pegang sabar kunci kebahagian’.

Menerusi perkongsian itu Azwan bertanya sama ada tindakan Yusuf melarang Zizi melakukan kerja berat disebabkan penyanyi itu sedang hamil.

Perempuan memang tidak digalakkan untuk angkat barang berat.

“Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau? Kan? Dah dapat pucuk muda? Laju ek kau? Kau rasa?” tulis Azwan.

Zizi sah bergelar isteri kepada aktor Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Yusuf melarang Zizi melakukan kerja berat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini menjelaskan kenyataan dia dilarang melakukan kerja berat bukan disebabkan sedang hamil.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat.

“Lagipun, perempuan memang tidak digalakkan untuk angkat barang berat. Kalau sebelum ini, semua benda saya buat sendiri.

“Kerja-kerja berat pun saya buat sendiri sebab tinggal seorang diri. Tapi bila dah kahwin, suami pula tolong,” ujarnya.

Zizi Kirana terkejvt bangun tidur nampak Yusuf Bahrin, malu-malu

DIAM-DIAM penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan tentang kisah cinta antara mereka.

Namun sejak mereka bernikah, netizen mula menghidu sisi romantis Zizi yang sebelum ini tidak ditunjukkan secara terbuka.

Cerita Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, walaupun ada yang menyedari tentang perubahannya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri dalam menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

“Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah.

“Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada 19 September lalu Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*