Berita Gembira!! Ini Tarikh Rentas Negeri Yang Diumumkan Oleh Perdana Menteri Sebentar Tadi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang media khas pada pukul 3 petang ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Intipati berhubung sidang media tersebut tidak dimaklumkan secara terperinci, bagaimanapun Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman berhubung kebenaran merentas negeri.

Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen termasuk RTM dan Astro AWANI.

Sementara itu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pengamal media yang yang dijemput menghadiri sidang media tersebut perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan penularan C0VID 19, termasuk media rasmi mengemukakan keputusan ujian s.aringan C0VID 19.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri hanya akan diberikan selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap menerima s.untikan v.aksin C0VID 19.

Manakala, pada 8 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat.

Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar v.aksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata v.aksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus

“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara. Dulu kita nak beri kebenaran apabila kadar v.aksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau buka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri terbabit.

“Jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kita jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vmaksinasi,” katanya selepas menghadiri majlis Prapelancanran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, di sini pada Khamis.

Pada 13 Januari lalu, kerajaan melaksanakan P.erintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dalam usaha mengekang penularan C0VID 19.

Menerusi pelaksanaan PKP 2.0, perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan termasuk di negeri-negeri yang diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP).

Ismail Sabri Pada Sidang Media Khas

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*