Isteri Pelik Suami Dah Malu Nak Pegang Tangan Di Tempat Awam

KETIKA zaman bercinta sebelum kahwin pastinya sangat berbeza selepas kahwin. Ketika berkenalan semuanya terasa indah. Walaupun sekadar duduk bersebelahan sahaja di kedai makan pun sudah membuatkan hati menjadi berbunga-bunga. Namun mengapa selepas kahwin, semua benda sweet yang sering dilakukan suami kadangkala semakin berkurangan? Pastinya persoalan itu amat sukar dijawab secara rambang.

Malu isteri cuba pegang tangan

Seperti kisah pasangan ini, rakaman video mereka saat menaiki eskalator dalam sebuah pusat membeli-belah yang tular di TikTok. Mana tidaknya, wanita berkenaan pada awalnya ingin cuba bermanja dengan suaminya memegang tangan secara perlahan-lahan. Namun lelaki tersebut terus berpaling selain meluahkan rasa malunya sambil memberikan pandangan tajam.

Malu, masa haram main sembat je tangan orang

Ketika ditanyakan oleh isterinya, dia malah berseloroh kini kenangan berpimpinan tangan sudah tidak membuatnya berdebar-debar seperti zaman ketika bercinta dulu. Tidak cukup di situ, dia berkata kononnya ‘haram’ memperlihatkan aksi sebegitu ke tatapan awam.

Padahal teringin nak macam orang lain

Menjengah ke dalam ruangan komen, ramai juga yang berasa terhibur dan sempat berkongsikan kisah mereka. Sama seperti situasi di atas, hakikatnya ramai isteri yang teringin merasa detik indah berpegangan tangan seperti pasangan lain namun diabaikan oleh suami sendiri.

“Kalau aku pun macam tu kalau ditempat awam”

“Biar nampak single agaknya”

Sumber : TikTok raniahalaydroes

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*