“Dalam business Maruah bukan no 1, tapi.. “-Caprice tu dekat sape tu?

Ni Semua Marketing” – Caprice Ulas Isu Kak KM Susukan Anak Di Restoran Tanpa ‘Nursing Cover.

Usahawan yang sering terpalit kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM baru-baru ini sekali lagi menerima kecaman orang ramai.

Difahamkan, kontroversi mula tercetus menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di Instagram. Melalui perkongsian video itu, Kak KM dilihat menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa di sebuah restoran.

Orang ramai mula mengkritik Kak KM tidak menggunakan ‘nursing cover’ memandangkan kawasan itu agak terbuka dan ramai pelanggan.

Memberi ulasan kepada isu itu, penyanyi rap, Caprice berkata ini semua adalah ‘marketing’.

Kata Caprice lagi, walaupun selalu dikecam, Kak KM jarang sekali menerima teguran orang ramai. Tetapi menurutnya masyarakat yang selalu termakan dengan marketing usahawan itu.

Dalam ulasan itu, Caprice bertanya siapakah sebenarnya yang kurang bijak dalam hal ini?

 

Kredit: Instagram Capricedaddycap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*