Lepas Jual Rumah, Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang RM270,000

Nampaknya selepas membuat keputusan untuk menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, usahawan sensasi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang miliknya.

Menurut Safiey, dia mahu menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2016 itu pada harga RM270,000. Akui sedih untuk menjual kereta tersebut, Safiey berkata dia mahu menjadi orang biasa.

 

“Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

Dalam pada itu, Safiey berkata duit yang diperoleh dengan menjual semua aset miliknya itu akan digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

sumber : rotikaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*