“Tahniah bestie”… Youtuber dan TikToker Popular, Imran Bard Kini Di Pentas Fesyen.

Siapa tidak kenal dengan individu yang dikenali dengan nama Imran Bard yang kelakar ini. Baru-baru ini, Imran berjaya memperolehi Silver Button di Youtube miliknya.

Kongsi Gambar Catwalk

Menerusi Instagram miliknya, Imran berkongsikan kepada netizen beberapa gambar dia melakukan ‘cat walk’ ketika pertunjukan fesyen Hatta Dolmat. Ramai yang bangga dan merasa kagum dengan perkongsian tersebut.

Hatta Dolmat Luah Rasa Bangga.

 

Di ruang komen, golongan selebriti dan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat turut meluahkan rasa bangga terhadap Imran.

 

Hatta menyatakan bahawa semua orang perlu percaya pada impian dan impian Imran selama ini telah tercapai dan menjadi kenyataan.

 

Percaya pada impian anda dan ia mungkin menjadi kenyataan, percaya pada diri anda dan ia akan menjadi kenyataan! Bangga dengan kau! Patutkah kita berbuat lebih banyak?

Sebagai makluman, Imran atau nama penuhnya Muhammad Al Imran Badaruddin pada awalnya terkenal dengan panggilan Anak Kiriman Heaven melalui laman TikTok, kini miliki seramai 1.3 juta followers! Video-videonya juga kebanyakannya mencecah lebih sejuta penonton!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*