– Apa Hak Cikgu Buat Macam Ni?” – Tular Video Guru Bakar Telefon Anak Murid, Netizen Tak Puas Hati

Tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan beberapa orang guru bertindak membakar telefon bimbit dipercayai milik anak murid di sebuah sekolah yang tidak dipastikan lokasinya.

Dalam video berdurasi 15 saat itu memaparkan dua orang guru sedang mencampakkan beberapa buah telefon bimbit ke dalam api yang marak.

 

Perkara tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang merasakan tindakan tersebut sebagai melampaui batas meskipun atas dasar untuk memberi peringatan atau pengajaran kepada anak murid.

Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia. – netizen.

Ada juga yang memberi pendapat bahawa penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini adalah satu keperluan dan para guru tidak mempunyai hak untuk menghapuskan barang peribadi anak didik mereka di sekolah.

Namun, ada juga yang bersetuju dengan tindakan guru-guru tersebut dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak apabila mereka tidak mendengar cakap guru di sekolah.

Sumber : https://beautifulnara.com/apa-hak-cikgu-buat-macam-ni-tular-video-guru-bakar-telefon-anak-murid-netizen-tak-puas-hati/?fbclid=IwAR2x3FeZxYL8zcAeN1BgkET7wX86VOUn1xVapZeZSQIvTl1P4e1Nt8gTePE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*