(Video) Niat Nak beri buah oren pada Monyet liar, Sekali reaksinya bikin berdekah..

Setiap kali terserempak dengan monyet liar yang berkeliaran, memang ramai yang cukup bermurah hati memberikan mereka makanan. Sama juga macam yang dilakukan lelaki ini apabila gelagatnya memberikan limau kepada sekumpulan monyet ini mencuit hati netizen.

Semuanya disebabkan reaksi comel dari monyet ini yang siap tersenyum semasa lelaki itu memberikan limau kepadanya. Malah video tersebut juga hangat dikongsikan dengan 16 juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang memberikan limau yang dibawanya kepada monyet yang berada di situ. Biasanya memang ramai yang akan berkongsikan makanan yang ada setiap kali terserempak dengan monyet seperti ini.

 

Lelaki itu kemudian mula menyerahkan satu persatu limau yang ada kepada monyet yang berada di situ. Lebih melucukan, salah seekor dari monyet tersebut sempat tersenyum pada lelaki itu sebelum dia mengambil limau yang diberikan itu.

Reaksinya ini seolah-olah sedang mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu yang telah memberikan limau tersebut kepadanya. Melihat reaksi comelnya ini, netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini dalam menghargai pemberian yang diberikan.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi monyet tersebut. Malah ada yang berseloroh mungkin juga monyet itu tersenyum gara-gara terlalu gembira diberikan limau itu.

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*